Archive for the ‘ta-cing’ Category

Mac 15, 2011

ASSALAMUALAIKUM.
KEPADA KAWAN-KAWAN YANG DIKASIHI.
SEKIRANYA ADA KESILAPAN SAYA YANG DILAKUKAN TANPA SEDAR, MAAFKAN SAYA. SESUNGGUHNYA SAYA HANYALAH HAMBA ALLAH YANG BIASA MELAKUKAN KESALAHAN DAN DOSA. 😦

aku sangat muhasabah diri. segala yang berlaku itu ada hikmahnya. mungkin juga sebagai penghapus dosa yang lalu. secara positifnya, sekiranya itu yang terbaik untuk kalian maka aku bersyukur. semoga kalian menemui kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Hectic week :(

Oktober 18, 2010

Alahai…aku masih gagal nak urus masa dengan baik. Akibatnya, salah faham dan ketegangan. Kepala jadi semakin berat. Bertimpa-timpa. Jarang benar aku sakit kepala….tapi minggu ni sakit kepala makin menjadi-jadi. Makan ubat pon tak jalan.

Ya, Allah, kau permudahkanlah perjalananku. 😦
AMIN.

16/10/2010. Hari jadi Cik Memon. Setiap tahun aku tak lupa nak wish. Tahun ni pon tak lupa juga. But something happen. Ta-cing. Anyway, kalau mak baca kat sini (kau jangan buat lawak bangang buleh tak? haha) ateh nak ucap Selamat Hari Lahir Mak. Semoga mak sihat dan bahagia di samping anak-anak kesayangan mak.

:(

Jun 20, 2010

Entah kenapa rasa jauh hati pulak, daaahhhhh susah nak panggil…sebab dah jauh. heh.

Jauh..sejauh mana tu?
Jauh sampai ke Putrajaya…aku bawak anak-anak tenangkan hati tengok Putrajaya malam-malam, boley?
(Walhal besok nak sekolah dah..huhuhuhuhu)

Dah laa tu hati. Usah laa nak menjauhkan diri lagi. Anak-anak kan ada…:(

gundah-gulana

Mei 24, 2010

oh oh…aku kena masak sesuatu.
hati aku gundah gulana~~ 😦

Mei 21, 2010

Tetiba aku yang hipokrit…..katanya.

Kalau aku salah, aku mintak maaf.
(bulan ni macam bulan minta maaf kat orang)

Tapi pernah ke orang lain concern apa yang aku rasa?

Takpe lah. Kalau kita tak salah, apa nak takut. Kalau orang dah tak sudi…takkan aku ternanti-nanti 😦

B**I laa perasaan camni.
macam gampang jer nak nangis.

Tak Geli Hati Lagi :(

April 6, 2010

Aku rasa aku semakin kehilangan sense of laugh sebab aku semakin sukar ketawa bila aku buat hopping ke blog-blog kegemaran aku. Ataupun mereka juga telah hilang sense of humor dan semakin serius seperti aku? Apakah faktor usia dan sekeliling membuatkan kami lebih ‘matang’? Ah ah..nak ‘tembak’ aku dengan kata aku dah tua lah tu!

Kadang-kadang aku suka sikap baru ini sebab aku nampak lebih genius dan sangat diktator. Pintar dan kejam dan. Berkepimpinan dan zionis. HAH! Berkati-kati jeles korang kat aku.

Cuma aku perlu upgrade diri aku dari ‘kembang setaman’ ke geli-geli-sedap-ah-ah. Baru nampak lebih keji. Kena fokus dan sungguh-sungguh. Oleh itu, aku perlu meletakkan beberapa gambar idola aku, supaya makin kerap aku melihat gambar mereka semakin membuak-buak semangat aku. ceeehhhhhhh….

Lindsay Lohan. Mula-mula aku memang nak jadik macam Lindsay tapi bila dah kurus kering geli-geleman pulak aku tengok. yucks! Aku adore badan dia lama dia. Cuma aku nak jadikan spirit dia sebagai contoh.

Hillary Duff. Dia ni dengan Lindsay Lohan kan seteru. Tapi aku memang adore kedua-dua punya body lama. Tapi Hillary nampak lebih gojes bila kurus. Ok lah. Aku jadikan Hillary sebagai idola. Yeay~

Harap-harap buleh tempah kebaya raya ni. 🙂

Dilindungi: Entri Dalam Hati Ada Taman..panjang betol! haih~~

April 1, 2010

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

mesej dalam cuti hrmis : demam.hidung berdarah.gile seram.

Mac 18, 2010

suke gile ngan aku nyer mesej dalam permohonan cuti hrmis aku. hahaha.abeeess….asal aku tak datang, cakap banyak. time aku datang menikus je korang.

ekceli harini aku ada mood nak menulis sebab ‘tiada kesenangan di dalam hatinyer’ (baca ikut intonasi Johan Raja Lawak). Hati tengah panas, mood menulis meluap-luap. Disusuli pula dengan kelajuan lelehan hingus ku ini. eh eh terasa masin lah. ala….hingus cair lalu termasuk dalam mulut sikit laaa…..HAHAHAHAH. aahhh~~ geli laa konon korang tu. Tak cukup dengan lelehan hingus, mata juga berair. eh tidak, gua tak tacing pape pon. ni semua BAHANA flu fever laaa ni. ada lagik!! dah aku ingat aku demam panas dalam, bantai minum air asam jawa. daaaahhh perut aku ni macam ada blender daaa…mau cirit baeeekkk punyer ni.

Ok lah. gua nak pergi memerut kat toilet. bai.

Dilindungi: If There Is No Love, We’ve Got Nothing To Fight For.

Mac 9, 2010

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Bila aku ta-cing, aku suka menulis.

Mac 9, 2010

Aku rasa sebab ianya melegakan. Sangat melegakan. Daripada hati aku tengah banyak berkata-kata dan mahu menulis, dapat sahaja sebatang pen atau seketul key-board, hati aku terus tenang walaupun belum ada benda aku luahkan. Seringkali juga terlupa terus apa yang hendak aku tuliskan. Contohnya, seperti sekarang ini. Naahhh. jelas sekali saya telah tenang. Saya masih terfikir-fikir mahu terus menulis apa yang terbuku di hati atau biar saja..?

Selain itu, masalah yang sering aku (sekejap aku, sekejap saya. iya, iya, aku perasan itu) hadapi ialah penyusunan isi apa yang aku mahu tulis. Idea di kepala ini sedang berlumba-lumba siapa mahu keluar dahulu. Dan akhirnya aku berkesudahan membukukan saja apa yang terkandung dalam hati aku ini.

Tapi kali ini aku tekad untuk meneruskan apa yang terlintas di hati aku. 😦