Archive for the ‘sekolah’ Category

Midterm datang lagi~

Disember 5, 2011

 

 

Kali ini midterm datang lagi dengan subjek yang kurang pengiraan. Bacaan. Bacaan. Bacaan. Doakan ajalah aku boleh buat. Tuhan dah kasi kesenangan dengan kesanggupan mertua jaga anak-anak aku sepanjang cuti sekolah ni, gunakanlah peluang ini sebaiknya.

Buat anak-anak mama yang jauh di mata *dekat di hati*, doa mama (kepada Allah yang Maha Berkuasa) akan sentiasa melindungi kalian. Amin ya rabbal a’lamin.

Midterm – 14/4/2011 Statistic

April 11, 2011


Pejam celik, pejam celik daaahh nak masuk separuh perjalanan kami untuk semester dua ni. Minggu ni peperiksaan pertengahan semester untuk kertas Statistic.Doakan saya ya! 🙂

Tak paham

April 11, 2011

Budak kelas aku semua tak faham Dr.Adib ajar.
Aku pulak, bukan tak paham dengan Dr.Adib…tapi dengan diorang tu.
Tak paham betul ntah apa semua nak komplen.
Abis, kata bekajar kat U kan…takkan semua nak bersuap.
Betul, kami ni bekerja dan tak cukup masa terutama macam aku yang ada tanggungjawab ni kan. But….chill man~~ Aku cool jer,apa kes? haha. Sekali keluar result baru laa aku nak menanges air mata darah. LOL.

Bukan Dr. Adib je, sekali dengan Dr. Fariq pon depa komplen. Gua…seperti biasa….ok jer. haha. mak layaaann jer nokkss! Pastu Vithya dan Lucas leh heran lak kenapa aku cam insisst dan kebal daripada hasutan mereka untuk bertukar ke kelas Dr.Ruhanita. haha. itu double LOL. Aku bukan apa, kadang-kadang kesian lak dengan lecturer ni. Betul, mungkin Dr. Fariq tak sehebat Dr. Ruhanita, terutama dari segi pengalaman, jantina…semua tu memainkan peranan. Dan betul juga, sebagai student aku tak perlu fikir faktor kesian tu…patutnya aku kena fikir yang terbaik untuk pelajaran aku.

Tapi aku percaya semua ini ada hikmahnya. Mana laa tau kan nanti aku jadi pengajar pulak kan. Pastu semua orang tak suka aku, masa tu mau terimbas kenangan kauuu! DAN..alhamdulillah buat sementara ini aku faham jer dan selesa jer dengan method Dr. Fariq. Moga aku mendapat keberkatan dari-NYA. AMIN.


(apa kena mengena gambar ni dengan cerita di atas?? hahahah)

Keputusan Peperiksaan

Februari 28, 2011

Alhamdulillah. Walaupun keputusan semester pertama saya tidak mencapai sasaran untuk mendapat anugerah dekan, tetapi saya tetap bersyukur dengan keputusan GPA 3.*8.

Sejujurnya, keputusan itu selaras dengan usaha saya yang tak seberapa itu. Jika dinilai dengan tanggungjawab yang saya galas (menyebabkan saya hilang masa yang berkualiti untuk belajar), saya bersyukur dengan keputusan ini.

Saya berjanji dengan diri saya sendiri untuk lebih fokus dan mempertingkatkan usaha. Saya tahu saya mampu melakukannya. Doakan saya ya?

p/s : ini entri skema sebab bercakap pasal pelajaran aku.