Archive for Mac 2009

Poi Poi

Mac 31, 2009

Badan sakit-sakit nak demam. Rasa macam malas nak pergi kerja. Tapi bila fikir kerja di pejabat, datang lambat pon takpe..asalkan datang. Siapa pernah rasa camtu?

Blah la woi

Mac 26, 2009

Liyana Jasmay singing are sucks. Berenti je laa nyanyi woi. Nak jadi penyanyi plak. Berlakon gedik-gedik. yucks!

Alasan

Mac 25, 2009

Korang pikir camna nak diet dengan rezeki murah yang dilimpahi oleh Allah swt? Hari Isnin Kak Pis bekalkan aku nasi goreng cili api yang sangat heaven. Pehtu dengan bekal yang masih belum diusik, Si Maz-Tot belikan aku set nasi KFC! (Sila ajar aku camne nak tolak rezeki camni). Hari Selasa pulak, sampai jer ofis Kak B kata dah masak nasik, lauk dia bawak dari rumah. Sampaikah hati korang nak cakap dengan akak tu yang kita on diet dan tanak makan nasik yang dia dah masak awal-awal sebelum kita sampai? Sapa sanggup sila beritahu aku.

Hari ini pulak, hari gaji. Hari ini juga Ina kembali bertugas di KeKKWa. Dia belanja kami makan tossai rawa. Dibelanja lagi tengah hari nyer dengan makan kat Selesa Inn pulak oleh Shima (yang hari ini telah menghantar email-email menginsafkan weh).

Bayangkanlah kawan-kawan, betapa murahnya rezeki saya kebelakangan ini. Bayangkan juga dengan saudara-saudara kita yang lain yang berada dalam kedhaifan. Betapa mereka susah untuk mencari sesuap rezeki. Nah, sangat mencabar bukan?

Jadi, sila jangan salahkan saya kerana kegagalan saya untuk berdiet seisi ke..ntah berapa ntah. hehe.

Tanda-Tanda Cinta Semakin Sirna.. :(

Mac 24, 2009

Selalu orang buat entri atau artikel Tanda-Tanda Anda Telah Jatuh Cinta seperti di sini atau di sini. Tapi aku nak find out sebaliknya…

adamshima : influence by somting?
aku             : hmmm…perhaps..

i)     Mula tidak memberi perhatian dan tidak ambil kisah (kurang rasa cemburu).
ii)    Marah-marah dan ada saja yang tak kena.
iii)   Gaya bahasa dan kata-kata mula berubah.
iv)   Menyalahkan di antara satu sama lain.
v)    Mula nampak kelemahan pasangan.
vi)   Mula berkira terutama hal kewangan.
vii)  Mengelak untuk berbicara. Lebih banyak mendiamkan diri dengan alasan tidak mahu perbalahan.
viii) Berahsia.
ix)   Lebih gemar menghabiskan masa di luar atau dengan perkara-perkara lain.
x)    Berasa sangat berdikari dan mampu hidup bersendirian!

😦

1st Tag ever..

Mac 21, 2009

Do you think you’re hot?
Hot tak…polak ada laa dengan seketul dua manknusia kat ofis ni.
(polak dalam bahasa n9 bermakna paneh). Ekceli gua gojes…ehe..

Upload gambar kegemaran andauwan yang sangat cool

Kenapa anda suka gambar ini?
Uwan sangat cool. Motto uwan musti “Gaya, Mutu, Keunggulan”

Bila kali terakhir anda makan Pizza?
Ala…nak belanja, belanja jer laa..takyah tanya-tanya. gua ok ..

Lagu teraknir yang anda dengar
Yuna – Dan Sebenarnya

Apa yag anda sedang buat selain menyelesaikan tag ni
Layan 3 budak bertuah

Selain nama anda, anda suke dipanggil dengan panggilan apa?
Apa-apa pon boleh.. mak tak kesah ollss..

Tag 6 orang* soklan seterusnya berkaitan dengan orang yang anda tag!
Sebab gua takde nak tag sesapa, so gua takde laa jawab soklan seterusnya..

Salah

Mac 21, 2009

Harini adik start kerja. Ok, ada peluang untuk pow bila dah dapat gaji nanti. Tapi mula-mula aku telah di-pow.Dem! Aku teman adik pergi beli seluar dan baju. Tiba masa nak fitting baju. Aku tunggu kat luar. Pintu dibuka tanda adik dah salin baju. Tiba-tiba adik telah bertukar rupa. Apakah ini bilik tukar baju atau tukar rupa? Saiz adik mengecil dan kaler bertukar sangat hitam, ok? Siriyes seram kengkawan. Aku pon menjerit kecil, “adik!!”. Ok, aku tipu. Aku tak jerit pon. Tau dah mesti kes salah pintu laa neh. Aku bukan apa, tu la satu-satunya adik perempuan aku. Walaupon aku ni lebih cantik dari dia, tapi aku nak laa adik aku sentiasa gojes. Adik, jangan laa buat magis ni lagi. Bahaya woo… buatnya kau kekal berbentuk macam tu, camne?

Sekian.

Mac 20, 2009

  Lisa disyaki kena denggi. Start demam Khamis minggu lepas. Semalam langsung tanak makan. Aku balik kerja, buat makaroni kuah kabonara. Licin 2 mangkuk. Pagi ni macam dah ok sket. Aku da siap buat breakfast dan lauk lunch, kena pergi kerja jugak. CC cuti. Ija tag aku. Nanti aku rajin aku buatlah yer…

   Aku suka baca blog orang. Sangat menghiburkan. Macam-macam kaler. Macam-macam gaya bahasa. Tapi aku tak berapa pandai nak menghibur orang, kalau orang baca blog aku sure orang cakap boring. Ayat aku skema. Kadang-kala kasar. Tapi takpe. Biarlah jadi diri sendiri je, kan?

ah gatai ah gatai…

Mac 20, 2009

“takpe lah. sy pergi sendiri…da otw”

“pulak dah.x nyesal?”

” 😛 uweeekkk!”

“weh..pengotor..ni otw ke kt umah lg ni. cpt je  reply”

“org cool mmg camni.leh jer reply ats muto”

“gua plak puweek!”

shima : comel kan conversation ni? hahahahaha!

Resepi – Kek [biasa]

Mac 19, 2009

Pagi tadi Puan Siti buat kek. Dia bagi resepi sekali tapi tatau nak simpan mana resepi ni. Aku letak terus kat sini.Sesapa rajin buat la yer…

8oz gula
8oz mentega
8oz tepung
4biji telur
1sudu teh baking powder
1sudu teh esen vanilla
1sudu besar susu pekat

Cara-cara : alamak. tak bagi pulak. suke hati korang ah nak bancuh camne.

Sue = Ain

Mac 17, 2009

Dua minggu lepas aku tengok cerita Mertua Vs Menantu lakonan Erra Fazira. Watak Ain semacam reflection of myself. [Erra pon cakap watak Ain itu separuh dari dirinya]. I can see mysself inside her. Indeed. Walaupun aku tak laa se’gojes‘ Erra/Ain tapi the way she act, the way she talk and arguing with her hubby. Really remind me about myself.

Manusia selalu tersalah anggap dengan luaran. Selalu beranggapan manusia berupa aku dan Ain adalah rude dan sarcastic. Sukar menerima kami seadanya. Dan tak perlu juga aku convince mereka yang aku ni adalah perempuan jua dalamannya. Cukup sekadar aku tahu apa yang aku mampu buat dan dapat membezakan yang baik dan buruk.