Archive for Mac 2010

Mood Menjahit

Mac 24, 2010

alaaahai~~ Mood menjahit tengah ada ni. Kaki tengah gatal nak mengayuh mesin. *manade.aku saja nak nampak cam olskul.aku dah upgrade mesin jahit aku* Tapi kesihatan keluarga yang lepas sorang..sorang, demam. Pertama sekali dedeq…dan last sekali Lisa yang baru nak demam-demam ayam. Mama doa kakak tak jadik laa demam. Kakak anak mama paling kuat.

Semoga semua dalam rumah ini diberikan kesihatan berpanjangan. AMIN.

Advertisements

mesej dalam cuti hrmis : demam.hidung berdarah.gile seram.

Mac 18, 2010

suke gile ngan aku nyer mesej dalam permohonan cuti hrmis aku. hahaha.abeeess….asal aku tak datang, cakap banyak. time aku datang menikus je korang.

ekceli harini aku ada mood nak menulis sebab ‘tiada kesenangan di dalam hatinyer’ (baca ikut intonasi Johan Raja Lawak). Hati tengah panas, mood menulis meluap-luap. Disusuli pula dengan kelajuan lelehan hingus ku ini. eh eh terasa masin lah. ala….hingus cair lalu termasuk dalam mulut sikit laaa…..HAHAHAHAH. aahhh~~ geli laa konon korang tu. Tak cukup dengan lelehan hingus, mata juga berair. eh tidak, gua tak tacing pape pon. ni semua BAHANA flu fever laaa ni. ada lagik!! dah aku ingat aku demam panas dalam, bantai minum air asam jawa. daaaahhh perut aku ni macam ada blender daaa…mau cirit baeeekkk punyer ni.

Ok lah. gua nak pergi memerut kat toilet. bai.

Puding Roti Karamel

Mac 10, 2010

Ok. Lagi resepi untuk terapi aku (credit goes to Shima Salihin).

Bahan karamel.

1 cawan gula pasir
(panaskan dalam kuali dengan api kecil sehingga cair keperangan.)

Bahan puding.

5 biji telur
4 keping roti (dibuang kulit)
½ tin susu ideal
1 cawan air
1 cawan gula
1 penutup esen vanilla

Cara-cara :
Sediakan gula karamel. Masukkan ke dalam loyang. Pukul bahan-bahan puding sehingga sebati menggunakan whisk. Masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi. Kukus menggunakan api sederhana selama 30 minit.

Selain kukus, boleh juga menggunakan teknik bain marie untuk tekstur yang lebih halus.

Cadangan :-
Buat pada malam hari dan keluarkan dari loyang keesokan harinya.
Boleh juga di simpan di dalam peti sejuk untuk hasil yang lebih sedap.

Dilindungi: If There Is No Love, We’ve Got Nothing To Fight For.

Mac 9, 2010

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Bila aku ta-cing, aku suka menulis.

Mac 9, 2010

Aku rasa sebab ianya melegakan. Sangat melegakan. Daripada hati aku tengah banyak berkata-kata dan mahu menulis, dapat sahaja sebatang pen atau seketul key-board, hati aku terus tenang walaupun belum ada benda aku luahkan. Seringkali juga terlupa terus apa yang hendak aku tuliskan. Contohnya, seperti sekarang ini. Naahhh. jelas sekali saya telah tenang. Saya masih terfikir-fikir mahu terus menulis apa yang terbuku di hati atau biar saja..?

Selain itu, masalah yang sering aku (sekejap aku, sekejap saya. iya, iya, aku perasan itu) hadapi ialah penyusunan isi apa yang aku mahu tulis. Idea di kepala ini sedang berlumba-lumba siapa mahu keluar dahulu. Dan akhirnya aku berkesudahan membukukan saja apa yang terkandung dalam hati aku ini.

Tapi kali ini aku tekad untuk meneruskan apa yang terlintas di hati aku. 😦