Archive for Julai 2008

Julai 28, 2008

Ungu – Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja

Advertisements

dariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali…

Julai 25, 2008

Assalamualaikum. Pagi Jumaat yang mulia ini ustazah nak bagi tazkirah kat diri ustazah sendiri atas tajuk dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..(skema giler)

Adik ipar aku baru text aku cakap malam semalam Adeq Pe’ek nampak kain kapan kat tangga blok B. Isnin haritu diorang nampak pochong bergolek-golek kat area diorang bercucuk tanam pokok pisang.Aku balas kat dia, musti orang yang nampak tu orang yang selalu merayap malam kan?hiiii….dak aih.melawak ja.

Pastu aku war-warkan kat pejabat neh. Kak Siti kata, ada orang meninggal ke kat area tu? Baru aku teringat kisah ni. Alkesahnya.Ada tiga hal kematian untuk bulan ni sahaja..dan kesemuanya tamat di jalanan. Aku selaku M.A.K Rempit (bak kata MekD), menjemput semua Muslimin & Muslimat menghadiahkan Al-Fatihah untuk kesemua arwah ini.

Kes-1. Cucu Arwah Lijah Keling (hah,kat blok B neh!). Dengar cerita sewaktu nak potong treler kat Bandar Tasik Selatan tapi tak lepas.Kapla sudah cicah jalan.Abis.
Kes-2.Cikgu Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Dengar cerita kat depan Econsave orang langgar dari belakang dan dia terperosok bawah lori yang datang dari arah bertentangan.Kasihan.
Kes-3. Laki Dayah (menantu Pak Ya-Kak Ita blok D).Dengar cerita (sume dengar cerite jer…) itu kemalangan ke-2 untuk diri arwah dalam masa seminggu! Mula-mula dah accident berjahit kepala. Selang 3 hari dilanggar bas pulak membawa beliau pulang terus ke rahmatullah.Lagi kasihan! Sebab…dia seorang bapa muda berusia 20tahun-bini(berusia 17tahun) baru abis pantang anak ke-2.Sekenal aku, arwah seorang yang baik, bertanggungjawab dan penyayang.

Pagi tadi..aku dengan penuh rasa insaf telah menunggang EX5 Dream aku dengan penuh berhemah.Tetiba….! (Baru rasa nak insaf..keluar rumah awal, bawak sopan-santun) Ada satu awek skuter neh..bukan yang haritu…telah membakar semangat aku dengan mencilok-cilok di-depan aku..baiikkk punyer (ala-ala Zizan Raja Lawak). Hadoi..tak buleh tahen. Aku pon seperti Pheonix Bangkit cuba nak rapat tapi…memang laju gile siot! Saspek betul gua! Gua dah angkat handphone canggih-manggih nak ambik gambar nak membuktikan kat korang yang gua bercakap bener.Tapi tak sompek! Bagus. Ini la yang dikatakan tak mengambil iktibar apa yang telah berlaku ke atas ketiga-tiga arwah tadi.

Macamanapon.. “Kun Fa Ya Kun” = “Jadi Maka Jadilah Ia”.Yang paling penting kita usaha, tawakal & doa!

Lambat & tabiat

Julai 23, 2008

*sigh*
baru tadi baca email pasal mengeluh. tak baik.hmm.tapi aku bukan menyesal atau benar-benar mengeluh.cume lebih baik jauhkan.nanti jadi tabiat.

aku lambat lagi seperti biasa.dan..seperti biasa jugak aku telah menunjukkan skill aku di jalanraya.teringat aku kat satu awek skuter neh. dah la ko bawak skuter bontot besau.buat jalanraya macam tempat nak lenggang kangkung..tepi la woi!. eh.nampak cam ada peluang.aku pon mencuba nasib.tp tak lepas dan motor aku yang aku rasa berjantina jantan ni hampir menchium motor dia.time tu la dia telah mengangkat tangan dia dan melambai-lambai(jari satu ke atas) ke arah arah aku dengan gaya ala-ala cikgu tadika menunjukkan ‘jangan’.penuh gaya.tapi akak..tanpa perasaan tetap memotong dia dan kali ni telah berjaya..yess! sori beb.gua tak niat.tapi gua memang dah lambat niiiiiiiiii…

hasilnya..hmm…aku masih dapat mengekalkan reputasi aku.punch card aku tetap merah.hahaha.padan muke aku.nasib baik muke tak cicah jalan.time tu dah takde yang padan.warggghhhh..wah!wah!wah!ok.report sudah sampai.apa ni dah 23hb baru report sampai? ah lantaklah.janji siap aku punyer penyesuaian.puan wan..here i come.

p/s : ini adalah contoh lambat & tabiat2 yang timbul akibat dari lambat tadi.

1,2..

Julai 22, 2008

hahaha. berjaya dah. tp cam tak berapa santek.tapi takpe. kata pertama kali.dengan sape la aku nak belajar mende neh. nak aku tanya kawan-kawan.(ma..aku dah utarakan persoalan ni kat kau), kang diorang tau lak aku buat blog neh.tak buleh..tak buleh.bahaye. tak sabar sebenarnya nak tulih.banyak mende nak citer neh. bukan apa, nak carik orang yang buleh dipercayai payah sket skang ni.nak cakap pape pon kena pikir lapan ratus juta kali.dah terkena dah sebelom ni beb..haru biru kelabu..

kadang-kadang ada mende yang kita nak utarakan dengan pandangan kita sendiri tapi disalah tafsirkan.manusia kan..biasa la camtu.tak salahkan diorang..sebab ada la alasan saintifiknya kenapa hampir semua manusia begitu (aku bab-bab sains ni memang failed tapi cerite CSI tu memang rancangan kegemaran tuh!)

eh.buleh ker aku tulih & submit macam-macam dalam satu hari? arghhh..mesti la buleh.kan motto aku “aku nyer ske”.gua nak diet sebenarnye tp gua tangguh minggu depan jer la..ha..jangan nak membuat bunyi yang biasa aku dengar..”hangat2 tahik ayam”..sebab aku dengan riaknyer nak mengatakan sekali lagi…suke ati haku a.k.a aku nyer sker..la kan…warghhhh wah wah wah…pueh ati.best btol rasa ari ni!

kali pertama…

Julai 22, 2008

“barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.

(riwayat abu naim)

 

 “barangsiapa yang beriman kepada allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.

(riwayat bukhari & muslim)


“barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.
( riwayat at-tarmizi )