Archive for the ‘opis’ Category

Ramadhan coming……..soon!

Ogos 4, 2010

Alhamdulillah. Macam tak sabar pulak rasanya. Tak sampai seminggu lagi akan berada di bulan Ramadhan al-Mubarak.

And…intend to continue the plan so called as “DIET” which been failed so many time.hehehehehe. Tapi kali ni macam bersungguh sikit. Umur dah masuk 3Series ni…badan macam tak best jer. Must do something! Tak sabar nak masuk rumah baru, nak re-schedule life..put some of excersice, cut off the fat…oil….hmm….kena makan rebus-rebus dan bakar sahaja gamaknya.huhuhuhuhu.

Oh ya. Rasanya tak maklumkan di sini lagi yang saya telah bekerja di Putrajaya hampir sebulan. <—– *skema ayat ko*

Setelah hampir sebulan disini, kerja pon masih takde yang tetap…cam lembu da…suruh itu, suruh ini…buek jo lah. Travelling was ok so far, punch card pon santek gittew *selama ni….haih~*.

Bab makan….hmmm….susah sikit kot. Yang murah jauh plak, yang lainnya tak sedap dan tak banyak pilihan. Tapi ok lah untuk aku yang memulakan diet di sini. Sekarang ni, no more nasi lemak or roti canai for breakfast. Kalau tak roti…aku amik oat atau sekadar minum untuk lapik perut. Sepatutnya juga aku tak boleh ambil heavy lunch as i dont do much move/work. Tapi lapaq laa weehhhh. huhuhuhuh. Sebab tu mengharapkan Ramadhan ini membantu aku lebih berdisiplin. Insya-Allah, AMIN.

Chaiyok Sue. 🙂

Dilindungi: it’s-not-that-hard-to-rid-off-these-people-from-my-life.

Mei 24, 2010

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Mei 21, 2010

Tetiba aku yang hipokrit…..katanya.

Kalau aku salah, aku mintak maaf.
(bulan ni macam bulan minta maaf kat orang)

Tapi pernah ke orang lain concern apa yang aku rasa?

Takpe lah. Kalau kita tak salah, apa nak takut. Kalau orang dah tak sudi…takkan aku ternanti-nanti 😦

B**I laa perasaan camni.
macam gampang jer nak nangis.

Apa punya bangang laaa arini….

Mei 18, 2010

Mula-mula bangun pagi. Semangat hoi. Pukul 7.00am dah keluar dari rumah. Pukul 7.20 dah berada di MARDI-Serdang. Pusing-pusing makan angin dan nak naik angin sebab tak jumpa dewan.hoho.

Oh Oh selepas bertanya tidak sesat jalan lagi. Lepas tu panjat bukit sambil tercungap-cungap semphot. hadoi. Gila poyo sampai awal ketua pengawas tak sampai lagi dan teruskan kepoyoan dengan terus buat kerja.

Waktu peperiksaan hampir tiba. Tetiba teringat nak semak nama sebagai pengawas cemerlang. Eh eh takde lah!!! Bergegas jalan ‘terhompap-hompap’  (bak kata Siti Nordiana) menuju ke dewan lagi satu. Takdo jugak!! Terus turun menuju ke tempat mendapat petunjuk seterusnya iaitu dalam kereta.

Dem! Adamson Hotel , Chowkit dowh!!!!! Gile rempit bawak motor macam nak mampos cepat. Pukul 10.00am baru tiba di tempat yang betul. Nasib baik keadaaan ‘terkawal’. (haha.sebab tiada siapa yang tahu kejadian sebenar sehingga entri ini di post).

Pengajaran : padan muka kau sue. lain kali tengok betul-betul jangan simpan surat tu dalam meja sampai hari nak pergi baru carik.

Selamat Hari Lahir Noorfadzilah binti Kadar Bawa

April 21, 2010

Ok. Sebenarnya semalam (20/04/2010) adalah hari lahir Cik Fad ke-26. Tapi disebabkan Isnin kedai kek tu tutup, malam tadi baru aku dapat buat kek cawan untuk dia. Tiba-tiba dia cuti pulak hari ini sebab nak pergi buat kad ibu mengandung (ya, Fad mengandung 4 bulan). Makanya aku yang dah sememangnya terlambat ni, jadik maleh nak kerja. Makanya (lagik) aku pon siapkan laa baju budak ‘Bintang Violet’ yang nak berkonvo minggu depan ittew…. 🙂

yang ado….

Kerja

April 19, 2010

Hari ini aku nak cerita pasal kerja.
(sebenarnya aku nak tulis skrip sebab hadiah pertama berjumlah RM15,000. wow!)

Pertama.
Kerja-kerja di pejabat. Sudahlah aku kena tanggung kerja orang (tapi tak boleh tuntut elaun tanggung kerja sebab kurang sebulan, tapi menanggungnya TIGA minggu woooooo!!), kerja-kerja aku pon bolehlah tahan banyaknya. Shima, kalau aku tak blog hopping pon kerja aku tetap tak boleh siap dalam tempoh normal. Sudahlah kerja bertambah, tidak dibenarkan pula membuat tuntutan elaun lebih masa juga! Aduhai..

Kedua.
Kerja-kerja rumah.
Ini biasa laa….sampai mati pon tak habis rasanya. Ate, nak buat cemane…dah nasib badan. Hadapkan ajer laa. Kalau difikirkan jadi letih sebenarnya. Tapi tidak dinafikan kadang-kadang terasa tekanannya bilamana terpaksa fikirkan masa yang perlu diuruskan supaya semua perkara berjalan lancar.

Ketiga.
Kerja-kerja kegemaran.
Angan-angan jangan ditanya. Menggunung. Nak buat patchwork quilt, nak belajar buat crochet (buleh buat stokin atau baju sejuk anak. konon.), nak belajar masak semua benda-benda sedap yang suka dimakan oleh anak, nak bersukan (main badminton setiap hari Rabu dan Jumaat) dan berjogging bila ada masa. Kadang-kadang (boleh kata selalu) aku terlalu cemburu dengan sesetengah orang yang mampu buat apa yang dia suka. Mampu bermakna punya masa yang banyak untuk buat semua yang dia suka. Mampu bermakna bajet yang cukup untuk buat benda yang dia. 😦

Keempat.
Kerja-kerja kegemaran yang dah jatuh wajib.
Itulah. Baju aku ni haa…dah setengah tahun kerja di PNM, semua baju rotate hampir setiap minggu! Badan ni tak mahu pulan selim..huk huk huk. Memandangkan bajet pon selalu tidak kena pada sasaran, walaupon aku ini sangat cintakan jahitan, tapi dengan kerja-kerja yang telah aku sebutkan tadi…ah, entah macam mana aku nak buat. Terpaksa laa jugak menjahit baju untuk dipakai ke pejabat. Begitu juga memasak. Walaupon kecintaan aku mendalam terhadap memasak…tetapi dengan masa yang perlu dibahagikan sama rata dengan kerja-kerja yang ada…entahkan dapat aku buat semuanya dengan sempurna…..:(

p/s : kerja yang menimbun tapi masih menaip di blog. hoi!!!
aku nak hilangkan tension da…..

Rawak

April 6, 2010

1) Hari ini aku datang lewat. Aku bawak Daniel pergi HUKM. Daniel demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Disebabkan sekarang ni gelombang ke-2 H1N1, dan sementelah Daniel adalah pengidap asthma, makanya doktor telah memberi Daniel MC selama 3 hari. Wow!! Tapi tak best sebab mama Daniel cuma dapat time-slip je. Doktor kudukut.

2) Tapi aku juga kudukut. Eh eh, bukan kudukut tapi bajet sebenarnya. Bayangkan kalau pergi ke klinik swasta, inhaler (kebetulan telah habis pula) sahaja telah berharga RM80. Ditambah pula dengan lain-lain ubatan, ada harapan poket aku kopak. Betul, orang kata untuk anak apa salahnya. Tapi kalau sudah ada yang free, dan kalau sudah aku ni bukan orang senang, kenapa nak ber-riak2, kan kan?

3) Semalam dan hari ini kemalasan sedikit melanda aku. Perbualan tidak berhemah bersama Fad + 4 ketol budak HRMIS sangat rancak, dengan keputusan ‘mendapat teguran daripada cc’. heeeeeeeee

4) Ok2. Esok aku akan fokus dan siapkan semua kerja aku secepat mungkin. Lagipun 2 hari ini cik akauntan MC jugak. Besok dia sudah ada. Baru dua hari berfoya-foya kerja sudah menimbun. dem.

5) Sebenarnya ada lagi kesinambungan untuk kisah ‘Dalam Hati Ada Taman’ ittew tapi rentetan komen daripada Wani Rembo, buat aku terfikir dua kali nak post draftnya.

6) Tengah aku menulis rawak ini, makcik-novel lalu sambil tersenyum dengan aku. Perlukah aku balas sedangkan aku tahu setiap kali dia masuk ke bilik ittew topik utamanya adalah aku?

7) Oh ya. Aku telah siap menggunting 4 pasang baju kurung. Harapan aku, bulan depan buleh laa aku pakai baju baru pergi opis kerana aku dah repeat baju yang sama hampir enam bulan doe!

Oklah. Babai.

Dilindungi: Entri Dalam Hati Ada Taman..panjang betol! haih~~

April 1, 2010

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Azam Tahun Baru

Januari 8, 2010

Tahun ni aku berazam nak ‘cantikkan’ kedatangan aku. Tapi awal-awal tahun jer dah 3 ‘merah’ berderet. Ni kalau En.Zack tau ni…sure takde harapan aku nak dapat AKC ni. whohoho.Gile poyo azam. Azam kedatangan tu tak poyo sangat, azam nak AKC tu tabley bla.

Camne pon Isnin ni aku cuba untuk datang awal. Lagipon CC Anita suruh carik baucar yang audit nak tu, tapi tak buat lagi. Bukan pe…dah petang-petang ni aku takut laa nak pegi bilik baucar tu. Kang tetibe diorang balik tinggalkan aku sebab tak perasan aku ada kat dalam tu camne?? <= ini bukan alasan taw! ehe…

Oklah. chaiyok2.

[maleh pikir tajuk]

November 25, 2009

Ntah apa yang aku makan semalam. Harini aku asik memerut jaa. Dah letih pegi toilet yang tak kondusif langsung ke arah ‘pemberakan’ efektif. Ces!


nah. amik kau. nak sangat kondusif kan?