Archive for Januari 2010

[tatau nak letak tajuk apa]

Januari 27, 2010

Manchoi kata blog aku tabley bla. Kepala blog da macam brutal tapi tulis pasal recipe.
Kan aku dah kata, aku memang rocks tapi jiwa seni.

Sebenarnya aku memang dah berkira-kira nak menukar header tu tapi aku sayang sebab unik. Lagipon aku kan peminat mendiang Heath Ledger.ehe..

Lagipon as I told u before, memasak ni satu theraphy. Tak percaya, cubalah.

Resepi baru!!

Januari 26, 2010

Hokeh. Selalu aku buat fettucini cabonara dan spaghetti bolognese je kan. Kali ni aku dah upgrade tahap keterroran memasak pasta aku dengan satu lagu resepi baru (baru bagi aku…tapi orang len da selalu je buat).

Pasta Aglio Olio.

Bahan-bahan :-

Spaghetti 1 peket – celur seperti yang terdapat pada arahan pek
5 ekor udang (atau ikut suke) – dibuang kulitnya
3 ketul scallop (atau ikut suka) – buang telur dan sekitarnya
½ batang carrot – potong memanjang / dadu
1 biji capsicum hijau -potong kasar
3 ulas bawnag putih – cincang
¼ cawan extra virgin olive oil
garam secukup rasa
basil, oregano, parsley dan lada hitam

Cara-cara:

panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
masukkan udang dan scallop, kacau rata
kemudian masukkan carrot kacau rata dan biarkan ia layu sedikit
masukkan capsicum diikuti dengan garam serta lada hitam dan gaul rata
sSetelah sebati masukkan spaghetti bersama sedikit air rebusannya kira2 1 cawan ke dalam tumisan tadi
masukkan basil, oregano dan parsley, gaul sebentar dan sedia untuk dinikmati

sedap dimakan ketika panas2.

p/s : aglio ni maknanya bawang putih so kalau letak banyak sedap…tp kalau letak banyak-banyak pahit…so tips utk tidak pahit ialah lepas panaskan Extra Virgin Olive Oil tu masukkan bawang putih, then kacau2 tp jgn sampai garing…lepas tu campur kan sedikit White/Sweet Vinager (made from Apple boleh, Muscat boleh)..pastu tutup dgn tudung periuk sekejab supaya ia masak guna “steam” dan bawang putih tersebut jadi lembut dan manis…nicee…

guna white vineger sbb nak “mimic” kan rase White Wine…sebab Italian guna white wine dimane alcohol tu akan ekstrak pati “pure” Bawang putih mase on the way die nak vaporize tu…lepas alcohol vaporize so yg tinggal pati anggur (if white wine tu yg jenis dr anggur lah) yg telah “well mixed” dgn pati bawang putih…walaubagaimanapun, hasilnya tak pasti laa sama atau tidak kiranya menggunakan wine asli.

Terai di rumah, hokeh?

Resepi Kek Kukus 1 Cawan

Januari 25, 2010

1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan koko
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 1/4 cawan tepung gandum
1sudu soda bikabonat
3 biji telur

cara-cara :-
pukul telur dengan gula dalam tiga minit.
masukkan susu pekat manis. kacau.
masukkan minyak.kacau.
masukkan tepung-serbuk koko-bicarbonate soda yang telah di ayak sedikit-sedikit. kacau.
last, masukkan air panas. kacau.
masukkan ke dalam loyang. kukus dengan api sederhana selama 45minit.

Resepi ganache jimat sebagai hiasan :-
2 sudu koko.
2 sudu minyak.
8 sudu susu pekat manis.
cara : kacau sehingga sebati di atas api perlahan. siap & boleh diratakan di atas kek.

CREDIT GOES TO SAEMAH TAIB a.k.a. ibu.

Alvin & The Chipmunks II dan The Imaginarium of Doctor Parnassus (Siri Mari Menonton Wayang di Kala Duit Tengah Ada)

Januari 8, 2010

Niat di hati nak penuhi hajat budak-budak tengok wayang tapi alahai…cam hampeh! Padahal diorang boleh tengok Alvin & The Chipmunks 1 berkali-kali tanpa muak.
Lisa : Mama, kenapa diorang gelak? Mama tak nak gelak ke?
Ko banyangkan saja lah.Malas aku nak cakap banyak.

The Imaginarium of Doctor Parnassus. Tajuk dah best dah.Pelakon pon semua hebat-hebat belaka, bahkan semua kegemaran aku. Tapi cerita ni macam takde punch-line. Tu laa Nell, kan kita dah bincang. Pelakon best, pengarah tak best..tak jadik jugak.Vise-Versa. Tapi since ini antara lakonan terakhir mendiang Heath Ledger, korang pergi jer laa tengok. Lakonan mereka semua tidak mengecewakan.

hero laa, sape lagi..

heroin & pelakon pembantu lelaki I

pelakon-pelakon pembantu
(pembantu jer tu dah sehebat ini…)

Insaf laa weh..

Januari 8, 2010

Si-Abang kebelakangan ni buat aku seram. Atau sebenarnya impak dari pertukaran sekolah agamanya dari As-Syakirin ke Al-Mubarakah…? Seminggu dah bersekolah, hari-hari balik bawak pelajaran baru. Isnin – syurga dan neraka. Itu yang keluar soklan,”Mama, cukup ke solat Abang ni untuk Abang masuk syurga?”. Hari ke-2 (Selasa) dia cakap pasal hari kiamat. “Betul ke movie 2012 tu?”. Sampai esoknya tanya soklan yang sama. Rabu – “Kalau abang cakap ngan mama, mama promise tak call sekolah abang marah kat ustazah abang?” “Ok, Mama promised.” “Ustazah kata, kalau kita sesat kat hutan dan tak jumpa langsung makanan, tiba-tiba hanya ada khinzir/katak, kita boleh makan untuk alas perut supaya kita tak mati, betuk ke Ma?”.  Khamis – berbuat baik kepada ibupada dan orang tua. Jumaat -Kitab & Rasulnya. Yang ni sebab aku ni banyak makan semut terpaksa laa aku google balik.

Atau sebenarnya Allah sayangkan aku dan suruh aku bertaubat?
Subhanallah.

Azam Tahun Baru

Januari 8, 2010

Tahun ni aku berazam nak ‘cantikkan’ kedatangan aku. Tapi awal-awal tahun jer dah 3 ‘merah’ berderet. Ni kalau En.Zack tau ni…sure takde harapan aku nak dapat AKC ni. whohoho.Gile poyo azam. Azam kedatangan tu tak poyo sangat, azam nak AKC tu tabley bla.

Camne pon Isnin ni aku cuba untuk datang awal. Lagipon CC Anita suruh carik baucar yang audit nak tu, tapi tak buat lagi. Bukan pe…dah petang-petang ni aku takut laa nak pegi bilik baucar tu. Kang tetibe diorang balik tinggalkan aku sebab tak perasan aku ada kat dalam tu camne?? <= ini bukan alasan taw! ehe…

Oklah. chaiyok2.