Archive for November 2011

Rawak

November 14, 2011

1.   Aku suka buat entri pada hari Isnin. Kebanyakan entri aku adalah pada hari Isnin. Ada dua kemungkinan di situ. Pertama : mungkin kerana hari Sabtu dan Ahad aku berada di luar kotak kehidupan aku yang pegun itu. Kedua : mungkin kerana Isnin selalu membawa ‘suasana hati Isnin’ atau kata orang sekarang, Monday mood.

2.   Damn the internet…atau server beautifulnara.com! *marah, sebab tu ada tanda seru* Aku mahukan cerita artis yang keji di kala petang begini.

3.   Sebetulnya aku kena dapatkan maklumat untuk assignment OB, Marketing Mgmt & English, sebaliknya aku penuhkan hari ini dengan meng-google Redza Minhat. *sambil buat entri ini sambil google lagik fasal dia. tup-tup terjumpa info dia baru jer kahwin.huhuh..eehhhh, apsal kau sedih pulak sue???*

4.   Ok. Blog aku bosan dan aku adalah sangat mengantuk. babai.

Advertisements

Buku

November 11, 2011

Dulu.
Sembilan adik beradik aku. Tujuh adik-beradik lelaki, dua orang perempuan (termasuk aku). Aku seorang sahaja yang tak suka kurang gemar membaca. Aku lebih suka buat kira-kira (matematik). Aku suka berniaga. Aku suka duit (ye, ye aku mata RM). Tapi tidak adik beradik aku yang lain. Semua ikut macam mak yang sangat gilakan bahan bacaan. Tak kira laa surat khabar, buku, majalah, termasuk lah majalah Mangg* yang keji dengan gambar artis dalam kolam. Tapi mak aku balun jugak. Adik perempuan aku pon sama…suka kan novel, walaupun tidak berapa ilmiah tapi yang penting SUKA MEMBACA itu ada. Abang aku pulak suka baca dalam tandas. Kalau kau nampak dia dah berlari-lari sambil menjerit “suratkhabar mana? suratkhabar?”……. haaa…nak terberak laa tu. Pendek kata yang lain pon sama lah. Tapi dalam pelbagai gelagat dan versi.

Kini.
Kini tidak lagi~ (walaupun kini itu hanya bermula beberapa bulan kebelakangan ini sahaja). Aku sangat teruja tengok buku. Aku nak baca pelbagai macam buku. Rambang. Baru tersadar..walhal dalam Al-Quran dah sebut. Belajar surah ni pon dah banyak kali…tapi apasal bengap sangat taknak terima. ‘Iqra’ – bacalah olehmu. Dah diberitahu juga yang membaca itu ‘jambatan ilmu’. Dah siap buat lagu..’membaca, membaca, mari membaca’.. tapi tu laaa…bak kata arwah datuk aku *TONGKAR!!

Aku rasa aku banyak di inspirasi oleh budak ni. Tak kisah laa dia tau atau tidak. Tak kisah juga dia suka atau tidak. Lagi tak kisah sama ada dia bangga atau tidak. AAK? ~gittteww~ Paling penting dia membawa pengaruh yang baik untuk aku. Aku juga diinspirasi oleh Pensyarah Bahasa Inggeris aku untuk semester ini. Walaupun aku taklah kenal sangat dengan dia, tapi dengan nama bapak dia pon kau dah boleh tahu dia dari keturunan apa. Bila kau dah boleh agak dia dari mana, secara automatik kau tahu yang dia tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di rumah. Tapi kagum aku dengan diri dia sekarang yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan SANGAT baik, dan beberapa bahasa lain.

Beberapa minggu lepas aku pergi ke satu jualan buku yang terbesar di Asia (katanya) *yang selama ini tak pernah pergi laa tempat-tempat macam ni.hehu*. Walaupun bukanlah semua buku-buku yang ada di situ sangat berkualiti dari segi ilmiahnya (kerana terdapat beberapa buku yang jelas bersikap bias terutama kepada agama Islam dan negara-negara Islam) tapi lambakan buku yang berjumlah puluhan ribu itu yang hampir keseluruhannya dibawa dari negara barat jelas menunjukkan betapa menulis dan membaca itu sudah menjadi sebahagian daripada budaya mereka. 

Aku pon berazam laaa (walaupun ini bukan azam tahun baru mahupun azam maal hijrah) mahu menjadikan membaca sebahagian daripada hidup , sama ada sebagai hobi, budaya, kewajiban atau apa saja. Lebih-lebih lagi untuk masa depan anak-anak aku. Walaupun nampak macam sedikit terlewat, tapi niat yang baik itu tidak salah, kan? CC aku kata anak-anak akan ikut perbuatan ibu bapa hampir 70%. Jadi aku akan menyediakan beberapa plan dan aktiviti membaca sepanjang  tahun sebagai inisiatif menarik minat membaca budak-budak ni. Tapi kan, sebenarnya.. mulakan dengan Al-Quran pon jauh lebih baik kan?

kredit gambar kepada Hanakirana

Serius. Walaupun aku baru sahaja berminat dalam membaca ini tapi aku teruskan juga angan-angan aku nak bukak kedai buku macam ini satu hari nanti. 🙂

 *tongkar bermaksud degil, bahasa kaum Rambah. Rambah adalah satu kaum/desa di Riau Indonesia (asal usul datuk aku).

Kantoi..

November 3, 2011

kau ingat Zee AVI jer buleh kantoi kan boifren dia?
boss aku pon buleh kantoikan aku laa…ahaha..

Jebon

November 1, 2011

Harini aku masih lagi pissed-off dengan kehilangan stapler aku. Aku dah bagitau Alzafir dan dia gelakkan aku. Ada ke patut..

Sementara aku menunggu PTJ-PTJ menghantar laporan TBS, aku telah habis membaca semua entri Blog Anak Mat Nor. Kagum tak?