Archive for September 2009

Biskut Sue-Femes-Emes

September 7, 2009

Ok. Walaupon mendapat tempahan yang menggalakkan tapi gua dengan senang hatinya nak jugak bagi resepi ni kat korang. Sila buat yer…heheheh…

DSC03615

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
1 sudukecil esen vanilla
3 biji telor kuning gred B

DSC03613

1/2 cawan kacang tanah yang telah dikisar
1 1/4 cawan oat (sukat kemudian dikisar halus)
 

DSC03612

1 cawan tepung rose
1 sudu black koko powder
1 sudu kecil bicarbonate soda
1/4 sudu kecil baking powder
 

DSC03614

4 1/2 oz coklat masak (diparut)
1 1/4 cawan chocolate chip

Cara-cara : Putar butter dengan kelajuan mat rempit merempit di depan dataran. Dah kembang cam badan aku, hang masukkan gula dan putar lagi. Putar punyer putar punyer putar macam meery-go-round hang masukkan teloq dan esen vanilla. “Saya putar lagi bang Halim”. Agak2 dah dah laa bai…gua pon belasah jer. Pastu masukkan laa siket2 bahan-bahan lain tu..kacang & oats – kacau, tepung – kacau, dan last sekali baru hang masukkan ceklat-ceklat tadi…dan kacau lagi. Adunan dah sebati-sehati-sejiwa, umpama uda dan dara sudah bercantum jiwa dan raga dan body (hahaha- ada pervert sikit di situ)…buleh laa dicedok kecil2 dalam sudu. Hang letak jer dalam tray pembakar. Buat huduh-huduh siket baru nampak cam femes-emes. Apa lagi….bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 12 minit. Ting! …aha….taraaaa!! Tunggu sejuk dulu baru test taw!

Tak kenal.

September 2, 2009

Ko rasa yang macam mana boleh dipanggil kawan?

a) Yang sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat tentang ko dan anak-beranak? (bukan laaa berat mana pon..cukup sekadar tanya hal-halnya.)

b) yang berhampiran -luar dan dalam kotak hati- tapi tak pernah peduli. (abstak kot)

c)nampak macam musuh dalam selimut tapi tak lekang bertanya (mungkin sikap semulajadi..)

😦