Archive for Mac 2012

Doa untuk Dedeq.

Mac 15, 2012

¬†Apparently, everything doesn’t go smooth as expected. Aku percaya semua ini ujian Allah kepada aku, dan Janji Allah itu pasti….sebelum diberi sedikit nikmat, hamba ini perlu diuji. Aku sentiasa redha dengan ketentuanNya. Astaghfirullah.

Tapi aku berdoa *dan memohon semua juga berdoa* demi kesihatan anak aku, si-Nordarwisy, yang kebelakangan ini kurang baik. Selepas pulih dari chicken-pox tempoh hari, dedeq terus-menerus demam…yang berpanjangan. Ujian darah telah dibuat di Klinik Presint 3, doktor mengesahkan tiada yang serius…sekadar jangkitan bakteria.

Tapi hati ibu manakan sampai melihat keadaan anak yang sebegitu. Dedeq tak nk makan, sakit perut katanya. Badan semakin kurus, acap-kali cirit. Nafas dedeq berbau….aku rasa perutnya terganggu. Ya, Allah, hindarkanlah penyakit dari anakku. Lindungilah anakku, Ya Allah.

 

Advertisements