Archive for the ‘tazkirah’ Category

Katak Pekak *English Version*

Jun 13, 2012

Once upon a time there was a bunch of tiny frogs who arranged a running competition. The goal was to reach the top of a very high tower. A big crowd had gathered around the tower to see the race and cheer on the contestants.

Honestly, No one in crowd really believed that the tiny frogs would reach the top of the tower. crowd yelled statements such as:

“Oh, WAY too difficult!!!”

“They will NEVER make it to the top.”

“Not a chance that they will succeed. The tower is too high!”

The tiny frogs began collapsing. One by one. Except for those, who in a fresh tempo, were climbing higher and higher.

The crowd continued to yell, “It is too difficult!!! No one will make it!”

More tiny frogs got tired and gave up. But ONE continued higher and higher and higher. This one wouldn’t give up!

At the end everyone else had given up climbing the tower. Except for the one tiny frog who, after a big effort, was the only one who reached the top! THEN all of the other tiny frogs naturally wanted to know how this one frog managed to do it?

A contestant asked the tiny frog how he had found the strength to succeed and reach the goal? It turned out. That the winner was DEAF!!!

:: Moral of the Story ::

Never listen to other people’s tendencies to be negative or pessimistic. because they take your most wonderful dreams and wishes away from you — the ones you have in your heart!

Always think of the power words have. Because everything you hear and read will affect your actions!

Therefore, ALWAYS BE POSITIVE!

 

Mendidik anak mengikut Islam

Februari 16, 2011

Entri ini pula aku ambil dari sini

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…

p/s : sila semak kesahihan hadith, wallahualam.

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. ..

Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata: “seorang laki-laki datang, menemui Rasullah SAW, kemudian berkata: “Wahai Rosulullah, siapakan orang yang wajib aku perlakukan dengan baik?” beliau menjawab : “Ibumu.” Ia bertanya: “lalu siapa?”. Beliau menjawab: “Ibumu”. Ia bertanya : “lalu siapa?”. Beliau menjawab : “Ibumu”. Ia bertanya lagi: “Kemudian siapa lagi?”. Kemudian Rasul menjawab: “Ayahmu”. (Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim).

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Fadhilat Mengasihi Anak-Anak

Februari 16, 2011

Entri ini saya ambil dari sini.

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Semoga kita mendapat shafaat darinya, InsyaAllah.

Kaedah Asas Mendidik Anak

Februari 16, 2011

Ok. Ini sangat menarik dan sesuatu yang bagus untuk dikongsi, selebihnya sebagai peringatan untuk diri aku sendiri.

Empat kaedah asas mendidik anak:-

1. Pendidikan dengan menunjukkan contoh tauladan.
2. Pendidikan dengan nasihat dan bimbingan.
3. Pendidikan dengan pemerhatian dan pengawasan.
4. Pendidikan dengan denda dan hukuman.

Menariknya lagi, mendidik anak cara Nabi Ibrahim A.S juga empat:-

1. mentarbiyah anak adalah mencari, membentuk biah yang shalihah;
2. mentarbiyah anak agar mendirikan shalat,
3. mentarbiyah anak agar disenangi banyak orang, dan
4. mentarbiyah anak agar dapat menjemput rezki yang ditetapkan Allah

Selain itu, terapkan nilai-nilai murni dalam mendidik anak iaitu:-

1. Cintakan Allah S.W.T
2. Sabar
3. Bertolak ansur
4. Pemaaf
5. Pemurah
6. Bersangka baik
7. Merendah diri
8. Berani melakukan perkara benar di sis Islam
9. Tidak suka bermewah-mewah
10. Bersyukur dan memadai dengan apa yang ada.

Berikut pula adalah nasihat Luqman kepada anaknya :-

1. Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”.(QS Luqman : 12)

2. “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. (QS. Luqman :13)

3. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS. Luqman :14)

4. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. Luqman :15)

5. Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (QS. Luqman :16)

6. Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (QS. Luqman :17)

7. Dan janganlah memalingkan muka dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (QS. Luqman :18)

8. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. (QS. Luqman :19)

9. Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu ni’mat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.(QS. Luqman :20)

10. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang diturunkan Allah”. Mereka menjawab: “(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya”. Dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)? (QS. Luqman :21)

11. Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan. (QS. Luqman :22)

12. Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu. Hanya kepada Kami-lah mereka kembali, lalu Kami beritakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati. (QS. Luqman :23)

13. Kami biarkan mereka bersenang-senang sebentar, kemudian Kami paksa mereka (masuk) ke dalam siksa yang keras. (QS. Luqman :24)

14. Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (QS. Luqman :25)

15. Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi. Sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (QS. Luqman :26)

16. Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. Luqman :27)

17. Tidaklah Allah menciptakan dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) itu melainkan hanyalah seperti (menciptakan dan membangkitkan) satu jiwa saja . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Luqman :28)

18. Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan sesungguhnyaAllah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. Luqman :29)

19. Demikianlah, karena sesungguhnya Allah, Dia-lah yang hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah itulah yang batil; dan sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS. Luqman :30)

20. Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan ni’mat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur. (QS.Luqman :31)

21. Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus . Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar. (QS. Luqman :32)

22. Hai manusia, bertaqwalah kepada Rabbmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah”. (QS. Luqman :33)

23. Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok . Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS. Luqman :34)

Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari saya adanya.

Insaf laa weh..

Januari 8, 2010

Si-Abang kebelakangan ni buat aku seram. Atau sebenarnya impak dari pertukaran sekolah agamanya dari As-Syakirin ke Al-Mubarakah…? Seminggu dah bersekolah, hari-hari balik bawak pelajaran baru. Isnin – syurga dan neraka. Itu yang keluar soklan,”Mama, cukup ke solat Abang ni untuk Abang masuk syurga?”. Hari ke-2 (Selasa) dia cakap pasal hari kiamat. “Betul ke movie 2012 tu?”. Sampai esoknya tanya soklan yang sama. Rabu – “Kalau abang cakap ngan mama, mama promise tak call sekolah abang marah kat ustazah abang?” “Ok, Mama promised.” “Ustazah kata, kalau kita sesat kat hutan dan tak jumpa langsung makanan, tiba-tiba hanya ada khinzir/katak, kita boleh makan untuk alas perut supaya kita tak mati, betuk ke Ma?”.  Khamis – berbuat baik kepada ibupada dan orang tua. Jumaat -Kitab & Rasulnya. Yang ni sebab aku ni banyak makan semut terpaksa laa aku google balik.

Atau sebenarnya Allah sayangkan aku dan suruh aku bertaubat?
Subhanallah.

Makanan berachon!!

Ogos 20, 2009

Hehe. suke-suki jaa aku kata makanan tu berachon. Tak. Takde sape kasik aku makan rachon waima aku nak bunuh diri dengan makan rachon. big NO-NO. yang pastinya, minggu tu aku makan macam2! Mana laa perut aku ta jato saket!! Pening sampai rasa nak korek bijik mata ngan sudu. Muntah dan cirit silih berganti! Dah laa tak lama lagi nak pose dan nak raye!! ~~yeay~~. kata budak ni, tanda-tanda kita semakin menua (dan berakal) apabila kita tertunggu-tunggu Ramadhan tiba dan sedih bila ia berlalu. SETUJU!

Owh, ya. Speaking of which, SUHAIRA RAMLI ini adalah peringatan untuk anda apa yang anda perlu lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini (selain benda2 amal yang tamo cite klo nak @ tak buat).

1) Jahit baju mak, adik (termasuk baju cotton), Lisa, Marina.
2) Jahit baju aku sendiri – 2 pasang da siap potong. 2 pasang lagi lom wat pape.
3) Siapkan projek-kain-percha-patchwork-terbengkalai hang – cadar, table runner, dan kain penutup stor (atas toilet).
4) INI PENTING, PERLU BUAT SEAWAL RAMADHAN – spring cleaning. nak alih almari, sedut habok bawah katil, tingkap & kipas kasik shine, oven, store, dan…klo ada bajet nak tuka tika getah. (ye.aku masih guna tika getah. takde bajet nak taruk tiles)
5) KLO TERLEBIH RAJIN – biskut femes emes aku da banyak nau orang mintak…hehehe. bajet cam pandai buat ar. Azam tahun ni, NAK BUAT SUME KUEH RAYA SENDIRI..kueh sarang semut, cornflakes ceklat, kuih sepit…eceh. angan2 laa ni…

ok. gud luck laa sue.

KITA BERTANYA, AL-QURAN MENJAWAB

April 9, 2009

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

AL-QURAN MENJAWAB

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
– Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

AL-QURAN MENJAWAB

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. “
– Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

AL-QURAN MENJAWAB

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
– Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “
-surah Al Baqarah ayat 250

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
– Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. “
– Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
– Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami
telah beriman,” (“I am full of faith to Allah” sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

AL-QURAN MENJAWAB

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ?
– Surah At-Taubah ayat 111

Sekian.

Dr. FK Siri Mendengar Sambil Merempit

April 3, 2009

Dr FK kata, Allah berfirman yang bermaksud : Berdoalah kamu untuk jiran-jiran kamu nescaya malaikat akan mendoakan kamu lebih daripada itu. Sesungguhnya doa jiran itu amat makbul.

Wow. Tak sangka pulak. Selalu yang aku tahu cuma jiran itu adalah saudara terdekat kita. Yang ini lagi dahsyat. Maknanya, kalau aku mendokan untuk jiran-jiran aku sure hidup mereka akan bertambah baik. Kalau aku mendoakan anak-anak mereka supaya menjadi lebih cerdik dan baik, sure takkan ada lagi budak main teng-teng depan rumah aku, takkan ada juga lagi orang nak palit aiskrim dekat dinding rumah aku atau makan nasi depan rumah aku!

Dr. FK Siri I

Februari 16, 2009

Semalam. Sambil den tongah buek ‘karipap 30tahun’, den dongar Dr. FK. Katanya, Rasullullah yang bersabdo..den orang tuo ni tolong nyampaikan jo..

  • Sebelum Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya, Dia akan menguji kita untuk melihat keimanan kita
  • Setiap yang berlaku kepada kita terdapat dua sebab. Satu, Dia ingin memberikan kita sesuatu. Dua, we deserve what we did.
    (Tak kira baik atau buruk). Kerap kita terlepas pandang perbuatan kita kepada orang lain, meskipun kita tidak berniat sebegitu.

Pehtu dia kata, meskipun kita kata kita telah memaafkan orang itu tapi masih ada perasaan kecil hati, itu dikira dendam. Uikks..yakaaa….? Hmmm…Maz, u’re rite. Tapi Demi Allah, memang aku dah maafkan semua orang. Aku Aku akan cuba berusaha menghindarinya. Tips dari Dr. FK:-

  • Istighfar
  • Banyakkan bacaan Alfatihah (doa segala doa)
  • Banyakkan bacaan Ayatul Kursi (doa mustajab menghindari syaitan)
  • Surah Tohaa ayat 1-5

Sekian. Amiin.

Dilindungi: Apa tajuk?

Februari 7, 2009

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.