Archive for April 2009

Umrah, Harrods & Newborn

April 29, 2009

Kak Der baru balik dari umrah dan En Meor dari London. They bought something for me..
harrods

Dan Alhamdulillah…Shima dan Hidayah kedua-duanya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.0kg dan 2.3kg respectively

shima-gurl Raja Izma Saffiyah

dayah-gurl Qaseh Dafeena

Wiken

April 28, 2009

Darwisy demam teruk masa hari Sabtu dan Ahad lepas. Aku tak pergi mana-mana pon. PIL aku tanya, kenapa lama sangat tak datang rumah. Ala…kalau aku datang pon buat pening kepala MIL jer.In fact, dia lagi suka lepak kat rumah BIL aku..ye laa, manade budak-budak kan? Sape laa aku dan anak-anak aku kan….

Rumah mak aku pon aku jarang balik sekarang. Tapi yang bestnya, bila aku tak ke rumah orang tua dan PIL, sangat banyak masa terluang dengan anak-anak dan rumah. Kalau keluar pon hanya ke pasaraya berdekatan dan taman permainan. Faktanya juga….mak aku pon bleh jer pegi rumah menantu dia…apa dia nak kisah klo aku dan anak-anak datang atau tak kan….:(

Semalam, atas kedemaman Awis juga aku tak kerja. Menjelang malam dia dah ok. Harini pulak, cc tak datang. Kerja yang menggunung dan sangat tekanan….

Esok aku nak pergi AG terussss!Den nak datang lambek lenggang-kangkung.
~tata~

wati

April 23, 2009

“Mama, Wati tu kawan mama kan?”
“Wati mana?”
“Wa-ti-pu-sa-ma-lu.”

Ma, itu untuk orang perempuan. Kalau untuk budak lelaki;

“Wati kirim salam dengan kau.”
“Wati mana?”
“Wa-ti-pu-sa-ma-lu.”

Hampes.

Pulut, Durian, Maggi Goreng & Ayam Masak Merah Adalah Antara Makanan Kegemaran Daniel

April 22, 2009

selera-kampung

Sekali-sekala makan camni rasa cam nak pegi menoreh lak. Tapi sebenarnya ini adalah favourite Daniel. Ekceli dia tak pernah makan pulut dengan durian. Tapi pulut dan durian adalah makanan kegemaran dia. Bila dah cuba dia kata sedap jugak. Ok, itu menu semalam.

220409

Petang ni Daniel ada amali solat di sekolah kebangsaan. Aku bekalkan pagi tadi maggi goreng dan ayam masak merah untuk lunch. Dua-Dua ni pon makanan kegemaran dia jugak neh.

Daniel sangat cerewet pasal makan. Itu pasal kurus. Jadi selagi boleh aku akan tackle dia untuk bagi dia berselera. Omak eh balun jo. “Omak eh kemahin sehat lagi ha, tak di bagi ko budak ni makan??” Kalau kau polak tak orang asyik cakap mende yang samaaaaa jer? Hangin, bukan?

By the way, mama akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik untuk kalian.Adios.

Hasil Kerja @ artwork…(laahh sangaaattt)

April 20, 2009

Ok. Tote (eh, cane nak sebut ni? aku takleh ar…kang aku sebut, budak opis ni kata aku pervert) bag aku yang pertama. Kalau uwan aku ni dia panggil beg kain porcho (perca-kain lebih2). Omputih ni dia buat cantik2 lepas tu orang kita dok agung-agungkan sangat..sedangkan orang Melayu pon ada dah buat mende ni. Sape penah tengok alas kaki daripada kain perca? Cadar guna kain perca, tu ala-ala patchwork laa kan? Ni..ni..uwan aku buat lagi best, tudung saji daripada kotak rokok kau!! Gile kreatif arr nenek aku. Kalau ada lagi mende tu, pastu aku buat blog, pastu omputih tengok mesti diorang nak tiru punya aku cakap kau..

Camne pon aku memang mengaku aku dah terpengaruh..ehe..

beg
reversible tuuuu….luar dalam leh pakai
dalam-beg

Ni pulak Lisa punya artwork. Gunting dan tampal. Kali pertama menggunting. Lepas tu dia naik ‘sheikh’, abis pampers adik dia diguntingnya. Alahai anak mama..

lisa-gunting
lisa-art

Penat dah menyepahkan umah. Cuaca pon kebelakangan ni buat terbakar je kulit aku yang gebu ini.heh. Ok. Nah, berkubang time!!

berkubang

ehe…korang tu. mesti ingat aku yang berbikini kan? HAHAHAHAH

soklan

April 18, 2009

Si Kur-Kur sebelah aku ni tanya, “Sue, anak hang tanya soklan mencabar lagu mana?”
Aku jawab, “dia tanya, mama ngan abah pernah cium mulut tak?”

Ok, siapa nak tolong aku jawab soklan Lisa?

ok le tu!

April 16, 2009

Ok. Entry ni khas untuk shahril yang tergila-gilakan Saida AF6. Tadaaaa…..ehe…aku jumpa kat pasar malam bai…mak orang sorang ni cool..walaupon orang senang tapi dia sempoi. Shahril, perut dia memang kempis gile ah. wOoTtt!WooTTttt!

oklertu1

 

Ayat Shahril paling g**p**g… “klo ‘dengan’ bini orang, kita takkan dipersalahkan 100%”. Si a lan.

Untuk Saida : anak-anak ko memang comei…[errr..anak-anak mama, jangan takut. korang memang lagi cool.. :p ]

Makan

April 15, 2009

Aku cakap ngan kau…..MENCARI IDEA APA NAK MASAK ADALAH SANGAT PECAH KEPALA! Melilau di dalam kedai AJ Damai Perdana selama hampir setengah jam adalah sangat tak cool. Masak bukan masalah buat aku tapi memikir nak masak apa memang tekanan bai.. Sedap tak sedap, aku belakang kira. Janji lopeh kek tokak den, kire orait ar tuh.

Lagi satu, mama nak mengingatkan anak-anak mama….ingatlah bahawasanya kalian adalah anak orang  MELAYU. Sila laa makan nasik. Sekian.

Oh ya. Menu untuk anak-anak aku hari ini  adalah french toast untuk breakfast dan kurma telur burung puyuh untuk lunch.

french-toast2

kurma

Alasan II

April 14, 2009

I’m such a looser. I’m not a good mom. Mama rotan korang. Mama masak tak sedap. Kadang-kadang mama jadi tarzan. Kadang-kadang mama jadi ghimau. Kadang-kadang jugak mama jadi cikgu – cikgu disiplin, cikgu vokal, cikgu english yang asyik refer kamus. 

I’m trying to be a such a creative mom like her  and her but yet me got no time to do so.  Hairan sungguh bagaimana bijaknya mereka membahagikan masa untuk buat macam-macam benda yang sangat menarik. I love cooking but i’m not good in that too. Masak adalah untuk mengelak anak-anak aku kelaparan. Apa yang aku masak tu pon terpulang apa yang ada dalam peti ais dan almari.

Aku juga suka jadi terpelajar dan sangat impressed dengan manusia seperti dia. Tapi masa masih tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Aku tak kata anak-anak jadi batu penghalang tapi meletakkan mereka sebagai perkara utama adalah satu kemestian..bagi aku.

Aku ni….bangun tidur siapkan Daniel untuk ke sekolah sambil buat breakfast dan lunch untuk mereka. Balik kerja, sambil masak dan ‘menjalankan’ mesin basuh, sambil tengok homework Daniel, sambil layan keletah Lisa dan Darwisy [sibuk jugak nak buat homework], sambil angkat kain dan terus lipat, sambil Darwisy melalak-lalak nak main segala benda yang kita kata ‘JANGAN’, sambil masak, dan lepas itu semua bagi pulak budak-budak makan. Semua itu kena selesai 2 jam sebelum Daniel tidur. Daniel dah tidur, sambung balik. Sidai kain sambil budak bertuah lagi dua itu membuat ‘onar’. Lepas tu gosok baju sambil kemas rumah yang dah macam tong sampah sambil menjawab soalan-soalan Lisa yang sangat mencabar minda. Selesai sudah kerja-kerja rumah – adalah masa untuk tidurkan lagi dua rejimen tu [yang biasa hasilnya aku yang terlelap dulu, boleh? ehe..]khemahku-rumahku

Ok. Sila bagi idea macam mana aku nak curi masa buat benda yang aku suka? Hah! Jangan cakap ini sebagai alasan walaupun ada laa sikit…ehe…

Kepada anak-anak mama : Setiap doa mama semestinya merayu kepada ALLAH, untuk kesihatan kalian, untuk menjadikan kalian anak-anak yang soleh,solehah dan pintar, untuk menjadikan kalian berjaya dunia dan akhirat, permudahkan perjalanan hidup kalian dan memurahkan rezeki kalian.AMIN.

yum yum

April 13, 2009

breakfast130409

Tatau dah nak buat breakfast apa pagi  tadi..ni jer laa yang ada. Tapi Daniel suka sangat. Ha…Kak Pis tu nak tiru ler tuh…hehehehehe (buat bunyik seperti CC Romeo).