Archive for the ‘hilang akal’ Category

Work Is Boring

Jun 22, 2012

Minggu lepas dah pergi ’60minutes Talk’ dengan pakar kaunseling jabatan, tapi masih tidak membawa apa-apa perubahan! Dah cuba banyak teknik tapi masih…B.O.S.A.N !!

TolooOOooOOoooOonngGGgggGggGgggg!!

Tapi aku rasa bukan salah aku laa *ini bukan alasan*. Serius. Ini adalah kegagalan pihak pentadbiran dan pengurusan pejabat. Pembahagian tugas yang tidak sekata dan tidak efisyen. Perancangan jabatan juga gagal dalam menyediakan tugasan untuk kakitangan. Akibatnya aku ni dikira ‘pengangguran tidak ketara’. Ada kerja tapi tiada kerja!  Bukan aku malas nak cari kerja, tapi kang aku terlangkah kerajinan orang dan aku taknak laa menunjuk-nunjuk kebolehan aku kan… :p

Nak siapkan kerja sekolah pon…mood tak mariii ! Adeehhhh.

Apapun, memang aku rasa….my

Advertisements

2011

Januari 9, 2012

Pencapaian terbaik aku untuk penutup 2011 adalah…..

 

menerima emel daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan!!! * yang merujuk emel Datuk Othman bin Haji Mahmood mengucapkan tahniah kepada team kami mensifarkan TBS*

p/s : walaupun bukan bersifat peribadi tapi hidung mak tetap kembang mekar. hins hins hins..

Midterm datang lagi~

Disember 5, 2011

 

 

Kali ini midterm datang lagi dengan subjek yang kurang pengiraan. Bacaan. Bacaan. Bacaan. Doakan ajalah aku boleh buat. Tuhan dah kasi kesenangan dengan kesanggupan mertua jaga anak-anak aku sepanjang cuti sekolah ni, gunakanlah peluang ini sebaiknya.

Buat anak-anak mama yang jauh di mata *dekat di hati*, doa mama (kepada Allah yang Maha Berkuasa) akan sentiasa melindungi kalian. Amin ya rabbal a’lamin.

Azam Semester Baru

Oktober 27, 2011

Bermula semester baru ini aku berazam untuk membaca dengan lebih banyak, menulis dengan lebih baik dan mengalih bahasa (translate) untuk menambahkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris aku memandangkan salah satu subjek untuk semester ini ialah English for Education, by En. Nor Azha Paiman (oh, ini harus disertakan dengan gambar nih! nanti ya:).

Aku mensasarkan untuk dapat 4flat semester ini. Doakan aku berjaya ya!
(Walaupun Awal Muharram ada lagi sebulan, aku tetap berazam sekarang) hehe.

Aku juga berazam untuk mengurangkan luahan perasaan aku di blog aku ni. Aku akan menulis sesuatu yang lebih berilmiah, bukan lagi seperti sebelum ini….err..boleh ke? Kita cuba lah kan? Aku nak spend masa lebih banyak di PTSL lah lepas ni :p

p/s : oohhh…belum pergi ambil lagi sijil dekan untuk semester lepas lah!

:))

Ugly – Betty – Sue

September 6, 2011

ahaha….tajuk takde kena mengena.
Semalam aku cuti tanpa rekod-EXAM.
Aku layan cerita Hulk (2003).
Dulu aku tak suka cerita ni sebab aku tak suka si betty.
Betty ni ada tahi lalat kat atas mulut macam aku..sebab tu aku tak suka.heh~
(oh perasan, cerita pasal diri sendiri tapi tak sama pon)

AKU SUKA amin~~

Januari 25, 2011

haaaa…suspen tak tajuk aku? hahahaha…
anyway, aku start jatuh cinta dengan amin 10 tahun yang lepas. bagi aku, amin pembantu yang sangat menyenangkan ati aku. tapi susah laaa nak jumpa sekarang ni. tup-tup cc shima cakap dia ada.

taraaa…

ehem, aku bukan ejen occay! cuma untuk kebaikan bersama, apa salahnya berkongsi kan? sharing is caring~~ siyes. amin ni sangat bagus. kalau seluar jean hangpa haprak sebulan tak basuh, hang rendam jer ngan amin malamnya. Siangnya dah buleh basuh masuk mesin. Konfem tak busuk/masam (macam kebanyakkan serbuk pencuci murahan). Mahal ker???? hahahaha…taklah mahal sangat, tapi mahal sket ar dari harga serbuk pencuci yang ada di pasaran. RM16 untuk 1.5kg. Buleh laa kan?

siyes teruja ni weh. tak sabar balik ni nak mendobi baju budak-budak ni yang ada kotoran degil~

chow. 🙂

Cerita aku di kala petang (jangan laa baca, bosan ni woi. aku taip ni sebab aku bosan gak)

September 23, 2010

Bekerja di pejabat baru ni memang best. Jangan kata aku makan gaji buta. Cuma pembahagian kerja sahaja belum sekata (tapi bagi aku dah memang ok sangat pon. Mana taknya, Al kan dapat P1T9 as starting maka wajarlah kerja dia lebih kan? hahahahahah). Ok. Atas pembahagian kerja itu, aku memperoleh masa yang banyak untuk melayari internet dan berangan-angan. Angan-angan aku ialah untuk menjadi tukang jahit dan tukang masak terbaik untuk anak-anak. Perasaan nak buat itu dan ini membuak-buak seperti yang pernah diberitahu di entri lepas.

Paling tak disangka, mak aku-Cik Memon tu memandai-mandai membeli mesin jahit automatik jenama Matsuyuki. Mahal woooo. Beribu-ribu lemon. Aku ni haaa, yang bekerja pon takde berangan nak beli walaupon berangan nak memiliki…sebab mahal gila babs! Cik Memon hebat, selamba jer sambar satu.hahahhaha. TAPI….sebenarnya…..aku suke mak aku beli! hahahahahaa…apa kan tidaknya…..buleh laaa aku menumpang kaki aku sebelah menekan pedal mesin tu kan? kan? :p

“Matsuyuki is brand name of a sewing machine under janome (japan’s origin, world’s leader on sewing machines). In Malaysia, Syarikat Epal is currently the distributor of these machines. Besides selling machines, Epal is famous with its training courses on sewing business.”<—— dari mana aku dapat ntah.

Ok. Aku cerita lagi (lagi sau jam nak balik). Blog yang aku kagum sangat jahitannya adalah blog ini. Macam nak gile tengok hasil jahitan dia yang kemas dan simple. Pastu dak Maya ni, kemahin kreatif lagik meniru tanpa pelajaran formal (ada laa ciri-ciri macam aku).

Apa lagi ek? Oh ya. Biskut raya kat umah aku dah nak abis. Aku ni masih sibuk mengemas rumah. Amy kata taknak kemas (susun atur) barang selagi internet tak pasang. Adoyai. Menci laa balik umah bersepah. Lagi menci bila langsir aku tak siap jahit. Lagi sakit hati bila langsir aku yang murah macam harammssss tu kemahin susah nak jahit (padan muka kepada aku sebab suka sangat beli barang murah tak berkualiti). Dah siap aku jelujur waima gosok, dia tetap herot berot. Maaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk, i nak pinjam mesin mahal u tuuuuuu!!! ehe…(ada kena mengena ke?). HOI!! kan tadi cerita pasal biskut raya.

Ye laaa, dek sebab aku sibuk dengan rumah ni…mood nak memasak sedikit merundum. Walhal aku ada beberapa jenis kuih ada dalam pale otak ni nak wat ni. Kengkawan nak datang pon aku halang. Aku ni bukan apa….selain keadaan rumah yang kurang memuaskan, aku masih menyesuaikan diri dengan keadaan dan masa di sini. Ye laa…pepagi nak anta anak sekolah dan ke rumah pengasuh. Pastu balik pulak amik muto, pegi lak pejabat. Noon nanti amik pulak anak. Sabtu Ahad ni nak g kelas lak. Fuyyooo…..padat dan sendat cam baju aku jer jadual ni. Tengok laa….ada rejeki, insya Allah. En.Sokat suruh buat kenduri sikit rumah tu. Hmmm….akan diusahakan.

Tak Sabar :: Kegilaan Menjahit

Ogos 11, 2010

Semalam aku melayan internet ni kan..*ate, takde kerja laaahh katakan*.
Rupanya punya laa mudah dunia ni sekarang dengan internetkan…siap dah ada jual pola. Bermakna, aku tak payah susah-susah nak ingat apa yang Lela ajar hampir berpuluh kali *hahaha*.Beli sahaja melalui online dan dah buleh gunting kain.

Aku tak sabar nak buat jubah untuk emak untuk raya ni.Alang-alang nak buat untuk mak, maknanya untuk aku, Lisa, Marina…semua aku bedal buat jubah je laaahh…senang bukan?? Hahahahahaha. Hahahahahaha. Hhahahahahah * gelak sepuasnya*

Kegilaan ini juga membawa kepada niat aku untuk mewujudkan satu lagi blog berkaitan dengan hobi masak dan menjahit. Nantikan pengumuman blog itu. Benda pertama aku nak buat ialah berkongsi minat dengan anda yang ada kemahuan menjahit dengan……..menjual sewing pattern dengan kerjasama Lela. yeay! Maknanya kalau anda nak belajar menjahit, tak ada masa nak belajar dan kurang faham dengan tutorial yang ada di internet, jangan risau. Dapatkan saja pola a.k.a sewing pattern itu daripada aku, dan anda dah buleh start menggunting!! Hebat bukan? Heeeeeeee……

Tunggu tau! 🙂

Fish Oil with Omega 3 – EPA + DHA

Jun 6, 2010

Ok. Gempak kan tajuk gua? HAHA.

Walaupun minggu peperiksaan Daniel sudah berlalu dan peningkatan agak memberangsangkan tetapi masih di bawah (sekali lagi, DI BAWAH) paras membangggakan. ouch! huhuhuh 😦

Amy kata aku patut bersyukur sebab aku berusaha bersungguh-sunggguh untuk anak. Selepas kita berusaha, selepas kita berdoa dan selepas kita tawakkal,….selepas itu adalah urusan ALLAH s.w.t. Hmmmmm.

Ok. Lepas dapat keputusan peperiksaan Daniel aku dah buat post-mortem. Walaupun aku telah memberi sepenuh perhatian dekat dia, tapi apa yang aku perasan, Daniel tidak dapat fokus dengan baik. Soalan peperiksaan tu macam senang jer, in fact, dia faham jer. Tapi ada sedikit kegelojohan di sittew…sekali lagi,TIDAK FOKUS dalam menjawab soalan dengan lebih teliti.

Amy remind aku pasal Daniel ni kan masa kecik-kecik tu dah 50-50 je nyawa dia. Pastu dengan asthma yang kronik. Untuk pengetahuan semua, ubat asthma mengandungi steroid yang sebenarnya membawa kesan sampingan pada masa akan datang! uhukuhukuhuk..sian anak mama.

Pada hemah aku, kehilangan fokus ini sedikit sebannyak berpunca dari ubat-ubatan yang pernah masuk ke badan beliau. (waaaaaaaaaa….sedih lagik! 😦

Untuk itu, aku dan Amy telah pergi me-riki supplement yang paling sesuai untuk penambah-baikan respon otak. Setelah di-riki di internet terlebih dahulu, aku dan Amy mengetahui yang benda terbaik untuk otak ialah Omega 3 dari minyak ikan terutamanya ikan tuna, salmon, sardin dan mackerel kerana mengandungi EPA dan DHA yang tinggi.

Ingat tak aku pernah cakap yang aku mencuba untuk meniru cara budak ini belajar? Dia mengesyorkan memakan ikan tersebut di atas selama seminggu debelum peperiksaan. Malangnya aku tak jumpa pon ikan-ikan tersebut di pasar-pasar biasa di kediaman aku. Adoyai…kalau aku tahu sebelum ni, baik aku kasik je makan supplement ni instead of aku terus mencari-ikan-ni-dan-order-dari-ramai-orang-bagai-nak-gila.

Selepas bertanya-tanya kepada pakcik-google, akhirnya aku menjumpai ini…katanya telah mendapat pengiktirafan dari International Fish Oil Standard. Bagaimanapun produk ini tidak terdapat di Malaysia, pengedar terhampir adalah Singapura. Sementelah itu, aku pergi juga me-riki di farmasi-farmasi yang ada di Kuala Lumpur ini dengan berbekalkan ini.

When choosing your fish oil supplement, you should know:-

  • What type of fish is used
  • Where it comes from
  • How fresh is the product
  • How much omega-3 is in the recommended daily dosage
  • What percentages of DHA and EPA does it contain
  • Are they in a highly bio-available form
  • Is the oil molecularly filtered
  • Does the product have good anti inflammatory properties
  • Has this information been independently verified

Ok. Sekian sahaja cerita saya.

p/s : masih dalam pertimbangan produk apa akan dipilih.

Apa punya bangang laaa arini….

Mei 18, 2010

Mula-mula bangun pagi. Semangat hoi. Pukul 7.00am dah keluar dari rumah. Pukul 7.20 dah berada di MARDI-Serdang. Pusing-pusing makan angin dan nak naik angin sebab tak jumpa dewan.hoho.

Oh Oh selepas bertanya tidak sesat jalan lagi. Lepas tu panjat bukit sambil tercungap-cungap semphot. hadoi. Gila poyo sampai awal ketua pengawas tak sampai lagi dan teruskan kepoyoan dengan terus buat kerja.

Waktu peperiksaan hampir tiba. Tetiba teringat nak semak nama sebagai pengawas cemerlang. Eh eh takde lah!!! Bergegas jalan ‘terhompap-hompap’  (bak kata Siti Nordiana) menuju ke dewan lagi satu. Takdo jugak!! Terus turun menuju ke tempat mendapat petunjuk seterusnya iaitu dalam kereta.

Dem! Adamson Hotel , Chowkit dowh!!!!! Gile rempit bawak motor macam nak mampos cepat. Pukul 10.00am baru tiba di tempat yang betul. Nasib baik keadaaan ‘terkawal’. (haha.sebab tiada siapa yang tahu kejadian sebenar sehingga entri ini di post).

Pengajaran : padan muka kau sue. lain kali tengok betul-betul jangan simpan surat tu dalam meja sampai hari nak pergi baru carik.