Archive for Januari 2012

Terima kasih sayang!

Januari 31, 2012

Aku tak pasti nak letak kawan atau sahabat. Akhirnya aku letak sayang sebab aku sayang mereka, sebab mereka menyayangi aku.
Janji Allah itu pasti. Dulu aku tertanya, apa salah aku bila persahabatan aku yang dulu tidak menjadi?
Sekarang aku yakin, sekiranya kita ini jujur dan ikhlas…akhirnya balasan untuk kita memang telah ditakdirkan.
Siapa sangka aku akan mendapat kasih sayang daripada kawan-kawan yang tiada batasan ini??
Allahuakbar.

Jatuh Sakit

Januari 31, 2012

Dah masuk semester 3/4 ni baru aku perasan. Memang badan dah masuk 3series ni….daya ketahanan kurang. Tapi aku masih tak sedar diri. Hari kuliah aku tak fokus, akibatnya dah nak final macam ni kena laa pulun.

Terkejar-kejar dan tanpa rehat. Mana laa badan nak tahan. Sekarang bila dah sakit, sapa yang susah? Diri sendiri jugak..

Aku masih ada 3 lagi paper to go.
*Sila tadah tangan nak doa sekarang*
Ya,Allah. Kau berilah kekuatan kepada hambaMu ini.
Rahmatilah aku dengan limpah kurniaMu.
Permudahkanlah perjalanan ku.

KepadaMu aku sujud dan memohon .
Amin Ya Rabbal A’lamin.

Geram dan Terkedu

Januari 18, 2012

Serius. Kalau tadi budak tu bukak jer tingkap kereta dia, memang aku bagi penumbuk. Minta maaf kalau aku agak kasar tapi memang aku terkurang sabar dengan orang yang tak ada sivik.

Jalan utama, adalah jalan aku. Engkau tu keluar simpang, sepatutnya berhenti dan tengok kiri-kanan. Sangat pasti yang engkau nampak aku. Lagi dengan aku bawak anak-anak nak pergi sekolah..naik motor. Kering betul hati kau. Sungguhpun aku mengelak dan potong ke kanan, tapi sekiranya ada kereta dari belakang yang laju melalui lorong kanan, sangat pasti aku dan anak-anak akan melambung.

Kumat-kumit mulut kau aku faham yang kau kata kau dah lambat. Terkedu aku dengan jawapan kau. Terencat betul kepala hotak kau dengan alasan lambat kau boleh langgar orang?

Nasib kau jugak aku dah lambat dan malas nak panjangkan cerita. Nasib kau jugak aku tak teringat langsung nak ambil nombor plat kereta kau.

Puas aku beristighfar. Kalau boleh aku pon taknak tunjuk sifat amaarah depan anak-anak. Memaki-hamun orang meskipun orang yang salah. Tapi keadaan luar kawal tadi yang membahayakan nyawa anak-anak aku buat aku hilang pedoman. Kalau tak tentu Amy kena bail aku kat jail :p

[Review Filem]

Januari 17, 2012

Sebenarnya ada banyak filem-filem tempatan dan luar negara yang aku tonton, yang bagi aku sangat bagus dan tak sabar untuk aku review. Antaranya 

Dog Day Afternoon (1975), 
The Godfather II (1974) , 
Scarface (1983),  
Godfellas (1990),
Forrest Gump (1994),
Silent of the Lambs (1991),
Casino (1995), 
American Beauty (1999),
Cinderella Man (2005),
The Pianist (2002),
Hotel Rwanda (2004),
The Last King of Scotland (2006),
Robin Hood : Prince of Thieves (1991),
Almost Famous (2000),
American Dream (1990),
As Good As Its Gets (1997),
The Aviator (2004),
A Beautiful Mind (2001),
The Bourne Altimatum (2007),
The Dark Knight (2008),
Erin Brokovich (2000),
The Fugitive (1993),
The Hurricane (1999),
LA Confidential (1997),
Monster (2003),
Monster’s Ball (2001),
Mystic River (2003),
The Patriot (2000),
Saving Private Ryan (1998),
Sleepy Hollow (1999),
From Hell (2001),
A Time for Justice (1994),
To Kill A Mockingbird (1962).

Ahhhhhh…banyak lagi laahhh. Tak larat nak tulis dah. Ini cuma filem yang menerima anugerah yang telah aku tonton. Ada banyak lagi filem yang aku tonton tapi tidak memenangi apa-apa anugerah tapi aku masih boleh bagi 5 bintang. Itu tak termasuk cerita kartun.

Tapi kalau sesiapa perasan, corak atau patern tontonan aku selalunya disebabkan oleh pelakon. Ya, banyak juga filem yang aku tonton dek kerana pelakonnya. Contoh pelakon lelaki kegemaran aku ialah Al Pacino, Robert de Niro, Leonardo de Caprio, Johnny Depp, mendiang Heath Ledger *oh i love him once*, Gary Oldman, Kevin Spacey, Jack Nicholson, Robert Downey Jr., Denzel Washington, Anthony Hopkin, Kevin Costner, Liam Neeson, Matt Damon, Russel Crow, James Franco & Christian Bale. 🙂

[Review Filem] Everafter

Januari 17, 2012

Ok. Akhirnya berjaya juga aku buat review filem pertama dalam blog aku ni dan filem pertama aku nak review ialah filem kegemaran aku, Everafter.

Ok. Kenapa aku suka sangat dengan cerita ini? Sebenarnya cerita ini ringan sahaja. Tapi aku kan perempuan *tipikal* yang suka juga laa dengan cerita cinta :p

*Danielle sewaktu kecil*

Everafter ini diinspirasi dari fairytale story, Cinderella. Seperti Cinderella juga, Danielle de Barbarac hidup bersama ibu tiri dan 2 adik-beradik tirinya selepas kematian ayahnya. Bertemu dengan Putera Henry dalam keadaan dia menyangka putera itu seorang pencuri dan membalingnya dengan objek. Putera Henry sebenarnya sedang melarikan diri dari istana untuk mengelak daripada mengahwini Puteri Perancis. Putera Henry telah memberi sedikit wang emas kepada Danielle sebagai ganjaran supaya dia menutup mulut dan meminjam kudanya. Keesokan harinya Putera Henry telah datang untuk mengembalikan kuda Danielle kerana tidak berjaya melarikan diri dari istana. Dia juga telah mempelawa ibu tiri Danielle, Baroness untuk minum petang bersama ibunya sebagai tanda penghargaan.

*Ibu tiri dan adik-beradik tiri*

Dalam waktu yang sama, harta peninggalan bapa Danialle semakin sikit dan Baroness mula menjual barang-barang rumah tetapi menuduh pembantu rumah setia Danielle, Maurice menjualnya. Oleh sebab itu Baroness telah menjual Maurice untuk menjadi hamba di Amerika. Demi memperjuangkan Maurice yang dianggap sebagai saudaranya, Danialle telah pergi ke istana untuk menyelamatkan Maurice. Di situ dia telah bertemu kembali dengan Putera Henry yang hampir mengenalinya. Bagaimanapun Danialle memperkenalkan dirinya sebagai Comtess de Lancret, sempena nama mendiang ibunya. Di situlah perkenalan bermula dan membawa kepada pertemuan demi pertemuan yang membuah bait-bait cinta.

Perkara ini akhirnya diketahui oleh Baroness dan merasa sakit hati kerana dia berniat untuk menyatukan anaknya, Marguerite dengan Putera Henry. Pelbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Danielle dan akhirnya Putera Henry mengetahui siapa sebenarnya Danielle dan berasa tertipu. Danielle pula telah dijual oleh Baroness kepada Pierre le Pieu yang telah lama meminati Danielle.

Bagaimanapun, Leonardo da Vinci sebagai pelukis istana juga sahabat Putera Henry telah menasihati Henry. Henry rasa bersalah dan rasa cinta mendalam terhadap Danielle kemudian merusaha mencari Danielle.

Oh, sudah sampai ke pengakhir cerita. Bagaimanakah akhirnya? Adakah Danielle bertemu dengan Putera Henry? Lebih baik tengok sendiri.

Babak menarik dalam cerita ini ada banyak. Contohnya, sewaktu Danielle cuba mempertahankan gaun ibunya dia telah menumbuk muka Marguerite sampai lebam. Kalau versi Cinderella kita ketahui dia seorang yang sentiasa dibuli dan lemah lembut. Sedikit berbeza untuk versi Everafter ini, Danielle dalam kisah ini sangat lasak dan mampu mendukung Putera Henry sewaktu bertemu dengan kumpulan gypsi di hutan.

*selamatkan Henry*

 

*first kiss from Henry*

Lagi screenshot boleh dilihat di sini.

2011

Januari 9, 2012

Pencapaian terbaik aku untuk penutup 2011 adalah…..

 

menerima emel daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan!!! * yang merujuk emel Datuk Othman bin Haji Mahmood mengucapkan tahniah kepada team kami mensifarkan TBS*

p/s : walaupun bukan bersifat peribadi tapi hidung mak tetap kembang mekar. hins hins hins..

Oh Final

Januari 9, 2012

Last entri aku adalah mengenai midterm.
Sadar tak sadar sudah hampir memasuki minggu terakhir kuliah+tutorial. Lepas tu masuk minggu belajar (study week)…dan terus menuju ke FINALE!!

Bagaimanapun, kami masih ada 2 paperwork yang belum selesai dan presentation nya adalah minggu ini!! Huwaaaaaaaaaaaa… 😦