Archive for Oktober 2011

Stapler aku kena curik.

Oktober 31, 2011

Sudah aku tulis di belakang stapler aku itu “Ini Sue Punya, Jangan Curiikkk” tapi tetap kena curik jugak. Petang ni aku tension. Adakah sebab aku tulis jangan curi maka sebab itu ianya dicuri???

Isnin

Oktober 31, 2011

Ohhhh…kebosanan aku masih belum terubat. Aku masih lagi buat lompatan-dari-blog-ke-blog. Walhal laporan TBS aku masih belum siap dan perlu dihantar besok. x_x. Walhal jugak setiap wiken kelenjar adrinaline aku merembes dengan banyaknya. Maksud aku, kalau pergi kelas tu aku sentiasa bertenaga dan bersemangat dan ber-gediks. Haha. Oh, yang ni aku suka tapi orang lain tak suka.WootTt..WooOOottT!. Takpe. Tak luak syiling dalam poket aku. :p

Aku tengok kebanyakan blog menulis pasal diri sendiri. (ye laa kan, personal blog. ikut suka laa nak tulis apa). Tapi ada sesetengah blogger perah otak sebab nak buat entri mantop untuk follower. (pon takpe. sebab tak menyusahkan aku). Makanya tidak salah laa selama ni aku asyik tulis pasal diri sendiri walaupon nampak macam narsisis. hehu~
Cuma selepas ini aku akan elakkan entri berbaur emosi di sini.

Sekian.

p/s: Ahad ni dah raya. Bermakna takde laa aktiviti berjimba-jimba di dalam kelas wiken ni. Dalam poket pon duit tak berapa nak ada. Tapi gua cool jer.heh~

Tips: MELETOPS UOLSS

Oktober 31, 2011

Tips kali ini: Bagaimana untuk ‘meletops’kan blog anda jika anda seorang ciki.

1.Letak gambar
Ini perkara paling wajib mesti dilakukan. Gambar bukan sebarang gambar. Letak gambar anda yang paling cun melecun. Paling afdal letak gambar sensasi in da crib. Pakailah baju paling kecil dan seluar paling kecil. Boleh pinjam seluar adik anda jika ada. Ambil gambar gaya self photograph dari atas baru nampak up to date dan paling penting tidak nampak gemuk.

2. Letak gambar jantan
Kalau takde pakwe mungkin dikata tidak laku kerana memang nyata bakat menulis blog adalah tiada. Cuma seksi, hmm.. Ya. Jadi, letaklah gambar anda bersama pakwe anda. Mungkin gambar bertepek-tepek di Starbucks atau mungkin didalam bilik sehingga membuatkan pembaca bertanya, “Eh, korang berdua je dalam bilik?? Ano.. Anoo..” Seraya anda menjawab. “Pelissss laaaa.. Open minded occayyyy. Your mind is soooo outdated.” (Sambil kepala gerak-gerak secara parallel seperti Queen Latifah selalu buat.)

T3. Dah nama pon menulis blog kan? Mestila menulis.
Peristiwa harian mestilah peristiwa biasa. Tak perlu gempak seperti contohnya kisah pergi membunuh naga. Cerita saja pasal anda pergi jalan-jalan dengan BFFs. Beli kasut. Beli kasut. Beli kasut. Padahal anda tak beli pon kerana tak mampu. Buat saja cerita. Pembaca blog tak akan meminta bukti pembelian atau salinan resit kasut anda. Persetankan mereka jika tidak percaya. Pasti itu adalah orang LHDN.

4. Bahasakan diri dengan nama anda seperti artis. Jika nama Mek Nab gunakan samaran Mimi.
“Harini Mimi penat. Satu hari Mimi shopping”. Begitu. Sangat jambu okay! Jangan bahasakan diri ‘aku’ kerana sangat tidak feminin. Jangan gunakan ‘saya’ kerana tidak cool. Sila bercakap dalam 3rd person view.

5. Pilih nama pena yang menarik
Pilih nama pena yang menarik seperti Pink Mimi. Walaupun sedikit keji dan ada bunyi seperti pelacur murahan atau mak nyah tua expired, namun ia lebih komersial dari Nor Latipah bt. Mat Zain.

Sekian.

ahahahaha. aku dah lama tak baca blog ni since dia dah tak aktif menulis kat situ. but since aku nakkan mood gelak-gelak di hari Isnin, aku kena laa carik & pinjam bahan kan? sharing is caring~

Oktober 27, 2011

Since suriyanti (my best buddy) found this blog, i intend to delete some post as i look so stupid by writing those emotional entry.huhu.

If you already read those, it’s ok. BUT i won’t let you read again. haha.

Azam Semester Baru

Oktober 27, 2011

Bermula semester baru ini aku berazam untuk membaca dengan lebih banyak, menulis dengan lebih baik dan mengalih bahasa (translate) untuk menambahkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris aku memandangkan salah satu subjek untuk semester ini ialah English for Education, by En. Nor Azha Paiman (oh, ini harus disertakan dengan gambar nih! nanti ya:).

Aku mensasarkan untuk dapat 4flat semester ini. Doakan aku berjaya ya!
(Walaupun Awal Muharram ada lagi sebulan, aku tetap berazam sekarang) hehe.

Aku juga berazam untuk mengurangkan luahan perasaan aku di blog aku ni. Aku akan menulis sesuatu yang lebih berilmiah, bukan lagi seperti sebelum ini….err..boleh ke? Kita cuba lah kan? Aku nak spend masa lebih banyak di PTSL lah lepas ni :p

p/s : oohhh…belum pergi ambil lagi sijil dekan untuk semester lepas lah!

:))