Archive for the ‘dosa’ Category

Doa untuk Dedeq.

Mac 15, 2012

 Apparently, everything doesn’t go smooth as expected. Aku percaya semua ini ujian Allah kepada aku, dan Janji Allah itu pasti….sebelum diberi sedikit nikmat, hamba ini perlu diuji. Aku sentiasa redha dengan ketentuanNya. Astaghfirullah.

Tapi aku berdoa *dan memohon semua juga berdoa* demi kesihatan anak aku, si-Nordarwisy, yang kebelakangan ini kurang baik. Selepas pulih dari chicken-pox tempoh hari, dedeq terus-menerus demam…yang berpanjangan. Ujian darah telah dibuat di Klinik Presint 3, doktor mengesahkan tiada yang serius…sekadar jangkitan bakteria.

Tapi hati ibu manakan sampai melihat keadaan anak yang sebegitu. Dedeq tak nk makan, sakit perut katanya. Badan semakin kurus, acap-kali cirit. Nafas dedeq berbau….aku rasa perutnya terganggu. Ya, Allah, hindarkanlah penyakit dari anakku. Lindungilah anakku, Ya Allah.

 

Advertisements

Geram dan Terkedu

Januari 18, 2012

Serius. Kalau tadi budak tu bukak jer tingkap kereta dia, memang aku bagi penumbuk. Minta maaf kalau aku agak kasar tapi memang aku terkurang sabar dengan orang yang tak ada sivik.

Jalan utama, adalah jalan aku. Engkau tu keluar simpang, sepatutnya berhenti dan tengok kiri-kanan. Sangat pasti yang engkau nampak aku. Lagi dengan aku bawak anak-anak nak pergi sekolah..naik motor. Kering betul hati kau. Sungguhpun aku mengelak dan potong ke kanan, tapi sekiranya ada kereta dari belakang yang laju melalui lorong kanan, sangat pasti aku dan anak-anak akan melambung.

Kumat-kumit mulut kau aku faham yang kau kata kau dah lambat. Terkedu aku dengan jawapan kau. Terencat betul kepala hotak kau dengan alasan lambat kau boleh langgar orang?

Nasib kau jugak aku dah lambat dan malas nak panjangkan cerita. Nasib kau jugak aku tak teringat langsung nak ambil nombor plat kereta kau.

Puas aku beristighfar. Kalau boleh aku pon taknak tunjuk sifat amaarah depan anak-anak. Memaki-hamun orang meskipun orang yang salah. Tapi keadaan luar kawal tadi yang membahayakan nyawa anak-anak aku buat aku hilang pedoman. Kalau tak tentu Amy kena bail aku kat jail :p

Bersyukur

September 8, 2011

Kadang kala aku rasa bersyukur kerana Allah tidak menganugerahkan aku dengan paras rupa yang jelita yang memungkinkan aku berlaku curang.

Sekurang-kurangnya aku masih disayangi, hingga saat ini.
Masa depan, wallahua’lam.

Aku juga bersyukur kerana walaupun aku ini kasar perwatakannya, tapi aku masih tahu dimana harga diri.

Sesetengah manusia, paras rupa jelita…tingkah laku yang sungguh sopan, memang mampu menggoncang iman lelaki meskipun bergelar Haji. Tapi sebenarnya duduknya darjah mereka hanyalah dibawah tapak kaki. Mereka memang patut dihukum mati, kerana memancang nafsu berahi. Nauzubillahi minzaalik.

Ya Allah, jauhkanlah aku-hambaMu ini dari gangguan syaitan yang rejam dan seksa api neraka-Mu.AMIN.

Hai

Julai 8, 2011

Lama jugak laa aku tak update blog-blog aku.

Ikutkan banyak juga cerita menarik yang aku nak kongsi tapi serius, kekangan masa membuatkan aku terkejar-kejar dalam semua hal.

Kesihatan terganggu, hubungan terganggu…tanggungjawab sebagai pekerja, sebagai ibu, sebagai isteri..hmm…boleh juga dikatakan terganggu (walaupun peratusan hanyalah kecil).

Bila jadi begini aku terfikir, apa betul kah tindakan aku ini?

Last entri aku pasal exam. Hujung minggu ini juga adalah kertas akhir untuk semester ini. Rasa macam ceritehaku ni tak sesuai untuk blog ni. Rasa macam selfish sangat, sebabnya instead cerita pasal aku…sebenarnya lebih banyak luahan perasaan bila hati gundah gulana. 😦

p/s : hectic week actually. tanggung kerja zafir yang isteri cuti bersalin, ida yang pergi kursus, 2 paper hujung minggu ini yang hanya ada kurang 5 hari untuk ‘maraton’ semua syllybus. haih~ 😦

Mac 15, 2011

ASSALAMUALAIKUM.
KEPADA KAWAN-KAWAN YANG DIKASIHI.
SEKIRANYA ADA KESILAPAN SAYA YANG DILAKUKAN TANPA SEDAR, MAAFKAN SAYA. SESUNGGUHNYA SAYA HANYALAH HAMBA ALLAH YANG BIASA MELAKUKAN KESALAHAN DAN DOSA. 😦

aku sangat muhasabah diri. segala yang berlaku itu ada hikmahnya. mungkin juga sebagai penghapus dosa yang lalu. secara positifnya, sekiranya itu yang terbaik untuk kalian maka aku bersyukur. semoga kalian menemui kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Dilindungi: Kawan Baik dan Kawan Jahat II

Mac 11, 2011

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Hectic week :(

Oktober 18, 2010

Alahai…aku masih gagal nak urus masa dengan baik. Akibatnya, salah faham dan ketegangan. Kepala jadi semakin berat. Bertimpa-timpa. Jarang benar aku sakit kepala….tapi minggu ni sakit kepala makin menjadi-jadi. Makan ubat pon tak jalan.

Ya, Allah, kau permudahkanlah perjalananku. 😦
AMIN.

16/10/2010. Hari jadi Cik Memon. Setiap tahun aku tak lupa nak wish. Tahun ni pon tak lupa juga. But something happen. Ta-cing. Anyway, kalau mak baca kat sini (kau jangan buat lawak bangang buleh tak? haha) ateh nak ucap Selamat Hari Lahir Mak. Semoga mak sihat dan bahagia di samping anak-anak kesayangan mak.

Mode :: hati berbunga

Ogos 10, 2010

suke.
things almost back to old days.
tu laa…jangan pandang rendah kat aku.
nanti kau juga yang teringat-ingat.
ewaaahhh…terasa special pulak aku ni.

apapun, mode hati berbunga masih berterusan!

Dilindungi: it’s-not-that-hard-to-rid-off-these-people-from-my-life.

Mei 24, 2010

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Dilindungi: Entri Dalam Hati Ada Taman..panjang betol! haih~~

April 1, 2010

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.