Archive for the ‘hilang akal’ Category

Kerja

April 19, 2010

Hari ini aku nak cerita pasal kerja.
(sebenarnya aku nak tulis skrip sebab hadiah pertama berjumlah RM15,000. wow!)

Pertama.
Kerja-kerja di pejabat. Sudahlah aku kena tanggung kerja orang (tapi tak boleh tuntut elaun tanggung kerja sebab kurang sebulan, tapi menanggungnya TIGA minggu woooooo!!), kerja-kerja aku pon bolehlah tahan banyaknya. Shima, kalau aku tak blog hopping pon kerja aku tetap tak boleh siap dalam tempoh normal. Sudahlah kerja bertambah, tidak dibenarkan pula membuat tuntutan elaun lebih masa juga! Aduhai..

Kedua.
Kerja-kerja rumah.
Ini biasa laa….sampai mati pon tak habis rasanya. Ate, nak buat cemane…dah nasib badan. Hadapkan ajer laa. Kalau difikirkan jadi letih sebenarnya. Tapi tidak dinafikan kadang-kadang terasa tekanannya bilamana terpaksa fikirkan masa yang perlu diuruskan supaya semua perkara berjalan lancar.

Ketiga.
Kerja-kerja kegemaran.
Angan-angan jangan ditanya. Menggunung. Nak buat patchwork quilt, nak belajar buat crochet (buleh buat stokin atau baju sejuk anak. konon.), nak belajar masak semua benda-benda sedap yang suka dimakan oleh anak, nak bersukan (main badminton setiap hari Rabu dan Jumaat) dan berjogging bila ada masa. Kadang-kadang (boleh kata selalu) aku terlalu cemburu dengan sesetengah orang yang mampu buat apa yang dia suka. Mampu bermakna punya masa yang banyak untuk buat semua yang dia suka. Mampu bermakna bajet yang cukup untuk buat benda yang dia. 😦

Keempat.
Kerja-kerja kegemaran yang dah jatuh wajib.
Itulah. Baju aku ni haa…dah setengah tahun kerja di PNM, semua baju rotate hampir setiap minggu! Badan ni tak mahu pulan selim..huk huk huk. Memandangkan bajet pon selalu tidak kena pada sasaran, walaupon aku ini sangat cintakan jahitan, tapi dengan kerja-kerja yang telah aku sebutkan tadi…ah, entah macam mana aku nak buat. Terpaksa laa jugak menjahit baju untuk dipakai ke pejabat. Begitu juga memasak. Walaupon kecintaan aku mendalam terhadap memasak…tetapi dengan masa yang perlu dibahagikan sama rata dengan kerja-kerja yang ada…entahkan dapat aku buat semuanya dengan sempurna…..:(

p/s : kerja yang menimbun tapi masih menaip di blog. hoi!!!
aku nak hilangkan tension da…..

Advertisements

Tak Geli Hati Lagi :(

April 6, 2010

Aku rasa aku semakin kehilangan sense of laugh sebab aku semakin sukar ketawa bila aku buat hopping ke blog-blog kegemaran aku. Ataupun mereka juga telah hilang sense of humor dan semakin serius seperti aku? Apakah faktor usia dan sekeliling membuatkan kami lebih ‘matang’? Ah ah..nak ‘tembak’ aku dengan kata aku dah tua lah tu!

Kadang-kadang aku suka sikap baru ini sebab aku nampak lebih genius dan sangat diktator. Pintar dan kejam dan. Berkepimpinan dan zionis. HAH! Berkati-kati jeles korang kat aku.

Cuma aku perlu upgrade diri aku dari ‘kembang setaman’ ke geli-geli-sedap-ah-ah. Baru nampak lebih keji. Kena fokus dan sungguh-sungguh. Oleh itu, aku perlu meletakkan beberapa gambar idola aku, supaya makin kerap aku melihat gambar mereka semakin membuak-buak semangat aku. ceeehhhhhhh….

Lindsay Lohan. Mula-mula aku memang nak jadik macam Lindsay tapi bila dah kurus kering geli-geleman pulak aku tengok. yucks! Aku adore badan dia lama dia. Cuma aku nak jadikan spirit dia sebagai contoh.

Hillary Duff. Dia ni dengan Lindsay Lohan kan seteru. Tapi aku memang adore kedua-dua punya body lama. Tapi Hillary nampak lebih gojes bila kurus. Ok lah. Aku jadikan Hillary sebagai idola. Yeay~

Harap-harap buleh tempah kebaya raya ni. 🙂

Ini Entri Lepas Geram

Februari 4, 2010

Ok. Sila hindarkan diri anda dari terus membaca entri di bawah kerana terlalu banyak unsur mencarut yang akan memudaratkan.

Bangang laa kau ni. Apa kau sakit hati sangat dengan aku? Aku kebas boyfriend kau ke? Aku rasa kau takde booyfriend sebab perangai macam orang kampung kolot tu tiada siapa yang mahu. Bodek?? Lagi laa nampak sangat ketololan kau. Aku kemas bilik baucar ni untuk elakkan baucar 15 tahun lepas yang sepatutnya sudah boleh dihapus, bertimbun di sini. Tapi kau lebih rela tidur kat dalam bilik baucar ini pada waktu pejabat dengan rambut yang bersepah-sepah ditepinya, dan marahkan aku sebab dah keluarkan semua baucar itu dan menjadikan bilik ini sempit , DARIPADA menolong dan bekerjsama menyiapkannya bersama???

Sepatutnya kau tolong kemas sekali tapi ini yang kau canang pada semua orang apa yang aku buat ini untuk kepentingan aku. Nak tak nak aku terpaksa sebut, BABI lah kau ni!

luculahkauni.

Februari 3, 2010

“cerita orang yang usaha gila-gila nak jadi kaya.. nak ubah hidup.. nak tingkat taraf hidup.. ubah cara hidup.. bla bla bla..” dengan membeli handphone mahal-gile-tak-hengat-tak-padan-dengan-gaji-kau.

Resepi baru!!

Januari 26, 2010

Hokeh. Selalu aku buat fettucini cabonara dan spaghetti bolognese je kan. Kali ni aku dah upgrade tahap keterroran memasak pasta aku dengan satu lagu resepi baru (baru bagi aku…tapi orang len da selalu je buat).

Pasta Aglio Olio.

Bahan-bahan :-

Spaghetti 1 peket – celur seperti yang terdapat pada arahan pek
5 ekor udang (atau ikut suke) – dibuang kulitnya
3 ketul scallop (atau ikut suka) – buang telur dan sekitarnya
½ batang carrot – potong memanjang / dadu
1 biji capsicum hijau -potong kasar
3 ulas bawnag putih – cincang
¼ cawan extra virgin olive oil
garam secukup rasa
basil, oregano, parsley dan lada hitam

Cara-cara:

panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
masukkan udang dan scallop, kacau rata
kemudian masukkan carrot kacau rata dan biarkan ia layu sedikit
masukkan capsicum diikuti dengan garam serta lada hitam dan gaul rata
sSetelah sebati masukkan spaghetti bersama sedikit air rebusannya kira2 1 cawan ke dalam tumisan tadi
masukkan basil, oregano dan parsley, gaul sebentar dan sedia untuk dinikmati

sedap dimakan ketika panas2.

p/s : aglio ni maknanya bawang putih so kalau letak banyak sedap…tp kalau letak banyak-banyak pahit…so tips utk tidak pahit ialah lepas panaskan Extra Virgin Olive Oil tu masukkan bawang putih, then kacau2 tp jgn sampai garing…lepas tu campur kan sedikit White/Sweet Vinager (made from Apple boleh, Muscat boleh)..pastu tutup dgn tudung periuk sekejab supaya ia masak guna “steam” dan bawang putih tersebut jadi lembut dan manis…nicee…

guna white vineger sbb nak “mimic” kan rase White Wine…sebab Italian guna white wine dimane alcohol tu akan ekstrak pati “pure” Bawang putih mase on the way die nak vaporize tu…lepas alcohol vaporize so yg tinggal pati anggur (if white wine tu yg jenis dr anggur lah) yg telah “well mixed” dgn pati bawang putih…walaubagaimanapun, hasilnya tak pasti laa sama atau tidak kiranya menggunakan wine asli.

Terai di rumah, hokeh?

Wayang Review – AVATAR

Disember 27, 2009

Dah agak lama tak tengok cerita best, quality & worth…tu yang terpanggil untuk review pasal filem AVATAR ni. Tengok wayang tu…selalu laa kan. Tau jer laa Amy.

Filem ni diarahkan oleh pengarah terhebat-James Cameron yang juga penulis skrip. Dia telah menulis cerita ni selepas siap Titanic dan bercadang nak kuarkan filem ni dalam tahun 1999 tapi disebabkan teknologi tak begitu canggih lagi dalam tahun 90an, so dia tunggu lagi sehingga tahun 2006 dan tahun ni-2009 filem tu pon released.

Bagi aku filem ini hebat sebab orang yang reka cipta cerita ni dan persembahkan daam bentuk filem apa yang telah dia imagine. Lepas tu dia buleh buat kita rasa macam kita berada di situ. Punyalah hebat dia buat watak AVATAR-Na’vi tu sampai kita akan membuat pilihan untuk tinggal dengan Na’vi tersebut dan melupakan bangsa kita sendiri, dalam erti kata lain kita akan jatuh cinta dengan mereka. Hebat bukan?

Antara scene yang aku rasa macam poyo2 dan best ialah bila si-hero berlawan menentang kapal pemusnah tu dengan aksi sambil melompat dan menembak. Cool.haha. Filem ni jugak sebenarnya satu kisah cinta yang agak touching. Mak suke.Mak suke~~

scene ni best sebab heroin hilang dara waktu nih.haha.

Pelakon-pelakon juga adalah terbaekk. Mak da jatuh chenta dengan Sam Worthington (yang juga pelakon Terminator Salvation).Zoe Saldaña, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez dan Giovanni Ribisi bukanlah nama asing, bahkan mereka memang cemerlang dalam filem masing2.

Oh ya. Bercakap pasal filem juga, aku rasa cam nak tengok Sherlock Holmes (sebab ada Robert Downey, Jr.-Ironman.hehe. dan juga…Jude Law, awwww). Tak sabar juga memanti filem-filem hebat keluar tahun depan…antaranya, Ironman (sebab ada Robert Downey, Jr) , Shrek Forever After, Clash of the Titans (sebab ada Sam Worthington), Robin Hood (sebab ada Russel Crowe), Toy Story 3, & Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1. (kalau ada filem2 best yang aku tak list down, please remind me k?).

Semak.

November 20, 2009

Assignment da lepas.
Mid-term da lepas.
ESOK presentation.
Minggu depan oral speaking.
Minggu lagi satu final exam.

Hadoyai!!!

Bibik oh Bibik

November 20, 2009

Aku semalam interview seorang maid ni. Sebenarnya ni maid kawan aku-N. N kata dia tanak pakai maid dah. Tapi bila aku kata nak amik si maid dia cam refused sebab katanya maid ni pandai wat kerja so dia tatau lagi nak lepaskan atau tidak. Semalam juga maid ni datang rumah aku. Dia cerita (versi dia) :

Mak N sangat baik hati. Tidak pemarah orangnya. Kerja mudah walaupon penat. Tapi saya sangat takut sebab….abangnya Mak N mahu mengapa-apakan saya (rogol kau!). Bapak K mohon maaf dan sedikit takut juga kerna juga punya anak perempuan. (eh, eh, kenapa lak aku ceritakan cam dah versi indon lak. cibai)

Saya punya kelulusan sarjana dari Universitas Muhammadiyah Yogyakarta. Keluarga saya berlatar belakang seni. Saya bisa bermain organ dan menari juga mengajar vokal. Saya juga punya tali pinggang hitam untuk teakwando dan punya latar silat.

Whoa! Gile gempak ah maid gua.ahahaha (cam nak ilang akal jer). Ntah betul ntah tidak. Aku nak siasat tapi tatau cane. Aku nak percaya atau tidak? Aku pon tatau nak wat keputusan cane ni. Kalau tak amik maid, sapa nak jaga anak-anak aku masa aku pegi kelas? At least jugak, ada orang bantu aku kat rumah dan mudah sikit untuk aku study. Tapi bila fikir kejadian yang macam-macam berlaku kebelakangan ini aku jadi takut. Tolong woi…!

Ini kawan aku punya sms ( sebab sms ni laa aku jadik takut.dem!).

alo! kalau ada master xkan nak keje maid. speaking english laa kot ada master tu ek.ada black belt? nanti dia karate anak2 lu nanti…

hampeh!

Dilindungi: apa yang saya mahukan…?

Oktober 31, 2009

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Dilindungi: exercise 1

Oktober 22, 2009

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.