Manusia dan hakikat.

Apa yang susah sangat nak terima hakikat?
Bukan aku mengata kau pun.
Oh oh sebab kau makan peria kau rasa pahit?

Hakikatnya tu aku dapat daripada orang yang lebih tinggi ilmu agamanya.
Hakikat yang aku bagitau tu adalah satu panduan untuk kita meneruskan hidup ini sebagai muslim yang lebih baik. Bukan untuk kau sahaja, untuk diri aku selebihnya.
Hakikat ini selalu diabaikan oleh pentadbir negara kerana masih menjalankan sistem pemerintahan British yang menyuap kita dengan susur galur riba’.

Hakikatnya, yang diberitahu oleh pensyarah aku : Mutual Trading ini tidak halal.Buat masa ini, yang dapat diyakini halalnya hanya apa yang dikeluarkan oleh Bank Islam. Selain daripada itu, walaupun namanya berunsur Islamik tapi kita tidak dapat membuang unsur riba dalam urusniaga itu!

Itu hakikat yang susah sangat nak diterima oleh si-manusia. Sedangkan aku mengaku selama kejahilan aku ini, aku tak tahu pon yang Konvensional = Riba’. Astaghfirullahalazim. Selama hari ini, aku membenarkan riba yang nyata haram itu mengalir dalam tubuh aku dan waris aku. Aku tak malu untuk mengaku. Sebab aku tahu Allah itu maha pengampun. Aku berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Aku berkata semua ini dengan nawaitu untuk menyedarkan saudara seIslam tentang kekhilafan kita ini, dan mendapat barakatillah. Aku berdoa semoga kita ini masih di bawah lindung rahmat Allah S.W.T.

Amin ya rabbala’lamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: