Entri-Untuk-Tidak-Blog-Ini-Berkubur :p

Lama dah aku tak kemaskini. Sibuk macam orang gile *orang gile sibuk ke??* :p

Kalau nak diikutkan kat ofis ni takde laa busy sangat. Tapi disebabkan dah terlalu penat dengan urusan luar pejabat (rumah, anak-anak dan kelas), sampai ofis dah malas nak update.

Bohong kalau kata tiada apa nak dicerita. Bahkan aku ni, macam peluru machine-gun jer cerita nak keluar dari mulut aku.

Pertamanya,keputusan peperiksaan penggal ke-3 telah diumum pada 26/03/2012. GPA 3.5* . Alhamdulillah, walaupun gagal mendapat anugerah dekan tapi masih hampir. Patut gandakan usaha di situ. Heh.

Keduanya, semester 4 telah pun bermula pada 07/04/2012. Kelas agak sendat dan padat. Setiap Sabtu dan Ahad, 9.00am – 6.30pm. Mahu atau tidak, boleh atau tidak, aku terpaksa cari maid untuk anak-anak. Buat sementara ini, aku minta tolong adik sepupu untuk jaga diorang. Kalau ok, aku proceed jer laa sampai habis semester ini.

Pensyarah? Rasanya macam ok sket daripada semester lepas. Entah kenapa, semester lepas takde satu pun pensyarah yang attached dengan kami.huhu. Selalunya aku cakap penyarah perempuan leceh…tapi kali  ni, pensyarah-pensyarah perempuan sangat best! Pensyarah lelaki pon, Alhamdulillah boleh diterima.

Selesai cerita pasal sekolah. Lagi fasal apa ek? Diet aku…hmmm, takyah cerita pon takpe sebab dah tau laa mesti laa gagal kan? hahahhahahaha.

Oh fasal anak-anak pulak. Kesihatan dedeq seperti biasa, kejap ok kejap tak ok. Aku rasa ini mungkin sebab tinggal di nursery rasanya. Biasa laa, dah ramai kan? Lagipun kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas (Daniel & Lisa), menjelang nak masuk sekolah jer. Dalam erti kata lain, nak menunggu besar jer. Insya Allah dah besar sket nanti ok la tu. Minta jasa baik semua jangan putus doa ye!🙂

Tapi fasal kerja sebenarnya kurang menarik untuk dikongsi. Jadi biarkan saja. T_T

Sampai di sini dulu entri supaya jangan blog ini berkubur. Hahaha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: