Cuti Semester

Oh mesti bosan asyik cerita pasal kelas dan belajar je kan? Aku suka bercerita tapi tak pandai laaa nak jadikan dia satu karangan yang baik. Tapi tak kira laaa, nak cerita juga. Suka, dengar. Tak suka, aku nak buat macam mana..kan?

Oh it’s good to be in semester break. haha. Satu minggu sudah berlalu dan tinggal lagi lima minggu untuk aku ber-‘honey-moon’. Mengenai peperiksaan yang lepas, aku mohon semua doakan aku berjaya ya. Aku dah usaha semampu aku (sampai sakit-sakit), aku cuma bertawakkal je laa sekarang sambil berdoa (dan mohon semua berdoa bersama-sama aku. hehe).

And as usual I’ve got plenty of programme to be done *angan-angan Mat Jenin :p* Oh tapi aku ambil ini sebagai satu cabaran untuk aku siapkan semua yang aku rancangkan. Semoga berjaya ye Sue! Antaranya :-

1) nak pergi KL dengan Dila cari baju dan tudung.
2) menjahit baju kerja sebanyak 10 pasang *2 minggu punya baju pergi kerja nak rotate.haha.tamak*
3) selain dari 10 pasang baju kerja, juga berhasrat nak jahit blouse untuk pergi kelas sebanyak 4pasang * berangan lagi*
4) nak pergi shopping kasut jugak.

eehhh, perasan tak so-called programme aku ni semuanya aktiviti menghabiskan duit kan? waaahhh….sound like sue become OKB now :p * SYUKUR YA ALLAH*

lain-lain aktiviti semua berlandaskan bajet yang ada, seperti :-

1) bawak mak abah semua pergi Cameron Highland.
2) kemas rumah semaksimum yang mampu.

Oh cerita pasal kemas rumah. Semalam selepas pergi beli tilam baru untuk anak-anak, aku dan Amy kemas bilik depa smp pukul 3 pagi!! Penat gile. Kaki macam lepas-excersice-tanpa-buat-warm-up. Betis keras macam kaki pemain bola sepak hokeh. Nanti bila dah siap kemas sepenuhnya aku upload gambar. Yang penting sangat pueh ati, sebab adalah menjadi kebiasaan setahun paling kurang 2 kali kami mengemas habuk-habuk yang ada di bawah katil dan di belakang almari demi anak-anak especially Abang dan Dedeq yang ada asthma. (p/s: tilam dibeli pon sebab tilam sedia ada dah mengandungi berjuta-trilion bakteria)

Speaking of which, since dah ada cadar baru, aku juga bercadang nak jahit quilt untuk matchkan dengan bedsheet baru tu sebab takdo duit nak beli comforter set.huhu. Juga..juga…bantal tambahan mengikut kaler cadar. Ah citer banyak takyah, tunggu jer aku upload gambar nanti.haha

Ok, nak pi ambik anak balik sekolah. Doakan aku selamat. tata. muahhhxxx.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: