Tips: MELETOPS UOLSS

Tips kali ini: Bagaimana untuk ‘meletops’kan blog anda jika anda seorang ciki.

1.Letak gambar
Ini perkara paling wajib mesti dilakukan. Gambar bukan sebarang gambar. Letak gambar anda yang paling cun melecun. Paling afdal letak gambar sensasi in da crib. Pakailah baju paling kecil dan seluar paling kecil. Boleh pinjam seluar adik anda jika ada. Ambil gambar gaya self photograph dari atas baru nampak up to date dan paling penting tidak nampak gemuk.

2. Letak gambar jantan
Kalau takde pakwe mungkin dikata tidak laku kerana memang nyata bakat menulis blog adalah tiada. Cuma seksi, hmm.. Ya. Jadi, letaklah gambar anda bersama pakwe anda. Mungkin gambar bertepek-tepek di Starbucks atau mungkin didalam bilik sehingga membuatkan pembaca bertanya, “Eh, korang berdua je dalam bilik?? Ano.. Anoo..” Seraya anda menjawab. “Pelissss laaaa.. Open minded occayyyy. Your mind is soooo outdated.” (Sambil kepala gerak-gerak secara parallel seperti Queen Latifah selalu buat.)

T3. Dah nama pon menulis blog kan? Mestila menulis.
Peristiwa harian mestilah peristiwa biasa. Tak perlu gempak seperti contohnya kisah pergi membunuh naga. Cerita saja pasal anda pergi jalan-jalan dengan BFFs. Beli kasut. Beli kasut. Beli kasut. Padahal anda tak beli pon kerana tak mampu. Buat saja cerita. Pembaca blog tak akan meminta bukti pembelian atau salinan resit kasut anda. Persetankan mereka jika tidak percaya. Pasti itu adalah orang LHDN.

4. Bahasakan diri dengan nama anda seperti artis. Jika nama Mek Nab gunakan samaran Mimi.
“Harini Mimi penat. Satu hari Mimi shopping”. Begitu. Sangat jambu okay! Jangan bahasakan diri ‘aku’ kerana sangat tidak feminin. Jangan gunakan ‘saya’ kerana tidak cool. Sila bercakap dalam 3rd person view.

5. Pilih nama pena yang menarik
Pilih nama pena yang menarik seperti Pink Mimi. Walaupun sedikit keji dan ada bunyi seperti pelacur murahan atau mak nyah tua expired, namun ia lebih komersial dari Nor Latipah bt. Mat Zain.

Sekian.

ahahahaha. aku dah lama tak baca blog ni since dia dah tak aktif menulis kat situ. but since aku nakkan mood gelak-gelak di hari Isnin, aku kena laa carik & pinjam bahan kan? sharing is caring~

Satu Respons to “Tips: MELETOPS UOLSS”

  1. haku Says:

    blog http://litium.wordpress.com/ ini telahpun dikawal oleh pemiliknya.uhuhuhuhuhu😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: