Resepi : Cream Puff

Oh oh, ker nak buat cream puff? Bestnya resepi ini sebab….kosnya murah! ahahaha….aku bukan apa…bulan ni masih tolak sewa kuarters untuk dua bulan wehh….sakit sket ar. Lagi pon cream puff ni ala-ala omputih sker, walhal rasa custard ja.

untuk puff :-

1 cawan air
1 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam
4 biji telur

cara-caranya :- didihkan air dengan butter. kemudian masukkan tepung. tutup api. kacau sehingga tepung sebati dengan minyak + air dan tidak melekat di periuk.biarkan 5 minit untuk sedikit suam. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.putar sehingga menjadi bentuk creamy. gunakan piping bag dan nozzle saiz besar, paipkan ke atas dulang pembakar. bakar selama 20 minit pada suhu 200c kemudian bakar lagi selama 15 minit pada suhu 180 c. Biarkan sejuk.

Untuk cream :-

3 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
2 cawan susu
3/4 cawan gula
3 biji kuning telur
3 titik esen vanilla

Cara-cara : bancuh semua bahan dan tenggekkan atas api, kacau dengan api perlahan sehingga pekat. Tunggu sejuk sebelum masukkan ke dalam puff. Taburkan gula aising sebagai hiasan. Sedia untuk dimakan!…dan disedekah🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: