Fish Oil with Omega 3 – EPA + DHA

Ok. Gempak kan tajuk gua? HAHA.

Walaupun minggu peperiksaan Daniel sudah berlalu dan peningkatan agak memberangsangkan tetapi masih di bawah (sekali lagi, DI BAWAH) paras membangggakan. ouch! huhuhuh😦

Amy kata aku patut bersyukur sebab aku berusaha bersungguh-sunggguh untuk anak. Selepas kita berusaha, selepas kita berdoa dan selepas kita tawakkal,….selepas itu adalah urusan ALLAH s.w.t. Hmmmmm.

Ok. Lepas dapat keputusan peperiksaan Daniel aku dah buat post-mortem. Walaupun aku telah memberi sepenuh perhatian dekat dia, tapi apa yang aku perasan, Daniel tidak dapat fokus dengan baik. Soalan peperiksaan tu macam senang jer, in fact, dia faham jer. Tapi ada sedikit kegelojohan di sittew…sekali lagi,TIDAK FOKUS dalam menjawab soalan dengan lebih teliti.

Amy remind aku pasal Daniel ni kan masa kecik-kecik tu dah 50-50 je nyawa dia. Pastu dengan asthma yang kronik. Untuk pengetahuan semua, ubat asthma mengandungi steroid yang sebenarnya membawa kesan sampingan pada masa akan datang! uhukuhukuhuk..sian anak mama.

Pada hemah aku, kehilangan fokus ini sedikit sebannyak berpunca dari ubat-ubatan yang pernah masuk ke badan beliau. (waaaaaaaaaa….sedih lagik!😦

Untuk itu, aku dan Amy telah pergi me-riki supplement yang paling sesuai untuk penambah-baikan respon otak. Setelah di-riki di internet terlebih dahulu, aku dan Amy mengetahui yang benda terbaik untuk otak ialah Omega 3 dari minyak ikan terutamanya ikan tuna, salmon, sardin dan mackerel kerana mengandungi EPA dan DHA yang tinggi.

Ingat tak aku pernah cakap yang aku mencuba untuk meniru cara budak ini belajar? Dia mengesyorkan memakan ikan tersebut di atas selama seminggu debelum peperiksaan. Malangnya aku tak jumpa pon ikan-ikan tersebut di pasar-pasar biasa di kediaman aku. Adoyai…kalau aku tahu sebelum ni, baik aku kasik je makan supplement ni instead of aku terus mencari-ikan-ni-dan-order-dari-ramai-orang-bagai-nak-gila.

Selepas bertanya-tanya kepada pakcik-google, akhirnya aku menjumpai ini…katanya telah mendapat pengiktirafan dari International Fish Oil Standard. Bagaimanapun produk ini tidak terdapat di Malaysia, pengedar terhampir adalah Singapura. Sementelah itu, aku pergi juga me-riki di farmasi-farmasi yang ada di Kuala Lumpur ini dengan berbekalkan ini.

When choosing your fish oil supplement, you should know:-

  • What type of fish is used
  • Where it comes from
  • How fresh is the product
  • How much omega-3 is in the recommended daily dosage
  • What percentages of DHA and EPA does it contain
  • Are they in a highly bio-available form
  • Is the oil molecularly filtered
  • Does the product have good anti inflammatory properties
  • Has this information been independently verified

Ok. Sekian sahaja cerita saya.

p/s : masih dalam pertimbangan produk apa akan dipilih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: