Kek Cawan Cik Sue.

Kek cawan mak….. laku macam goreng pisang panas. (eh eh kalau jual goreng pisang panas pon tak laku macam kek aku lah.hehe). Bermula dari hari Amni HRMIS tempah untuk bawak balik kampung, hari-hari aku buat cupcake. Pembelinya sapa lagi kalau bukan budak-budak kat blok rumah aku tu. Mesti makbapak diorang bengang ngan aku sebab anak-anak mereka setiap hari mintak duit nak beli cupcake aku. eceeeehhhh……. 

Oklah. Aku pon sebenarnya macam dah muak tengok dan buat kek ni. Jadinya aku letak kat sini resepinya dan korang buatlah sendiri ya.

Bahan-bahan :-

**  1 cawan tepung naik sendiri
      1 cawan gula
*    1 biji telur
** 1 sudu kecil bikarbonat soda
** 1 sudu kecil baking powder
*   1 sudu kecil esen vanilla
*   1 sudu kecil emulco (kalau buat kek perisa coklat sahaja)

*   1/2 cawan minyak
*   1/2 cawan air suam
*   1/2 cawan susu sejat
** 1/2 cawan serbuk koko (kalau buat kek perisa coklat sahaja)

Cara-cara : campurkan semua bahan-bahan basah(*) dengan gula dan kacau guna whisker. (disebabkan aku malas, aku gune blender.hahahaha…buleh?).Aku blend sekejap je dalam 5 saat. Lepas tu masukkan bahan-bahan kering(**). Blender lagik dalam seminit. Siap dan tuang dalam cup dan sedia untuk dibakar. Aku guna cup paling besar (carik kat kedai kek) memerlukan kepanasan sehingga 200c, 30 minit dan guna api bawah sahaja.

Untuk hiasan, leh taruk sket coklat masak dan hiasan manik urai. Kalau mau taruk butter cream, meh aku kasik resepi jugak.

1/2 cawan krimwell
1/2 cawan margerin
2 cawan gula
(dibawah adalah option, ikut suka nak letak atau tidak)
2 sudu fresh milk
2 sudu air panas mendidih (untuk dapatkan krim yang gebu)
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka.

Cara-cara : pukul sampai jadi putih dan ringan dalam 15 minit. pastu guna nozzle yang sesuai untuk corakkan krim atas kek tadi.

p/s :-
1. Tepung + b/soda + b/powder sebaiknya diayak beberapa kali untuk dapatkan kek lebih fine.
2. Cup bermakna cawan untuk buat cupcake bukan muffin ye..
3. Nozzle aluminium akan menghasilkan krim yang lebih cantik bentuknya daripada nozzle plastik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: