Kerja

Hari ini aku nak cerita pasal kerja.
(sebenarnya aku nak tulis skrip sebab hadiah pertama berjumlah RM15,000. wow!)

Pertama.
Kerja-kerja di pejabat. Sudahlah aku kena tanggung kerja orang (tapi tak boleh tuntut elaun tanggung kerja sebab kurang sebulan, tapi menanggungnya TIGA minggu woooooo!!), kerja-kerja aku pon bolehlah tahan banyaknya. Shima, kalau aku tak blog hopping pon kerja aku tetap tak boleh siap dalam tempoh normal. Sudahlah kerja bertambah, tidak dibenarkan pula membuat tuntutan elaun lebih masa juga! Aduhai..

Kedua.
Kerja-kerja rumah.
Ini biasa laa….sampai mati pon tak habis rasanya. Ate, nak buat cemane…dah nasib badan. Hadapkan ajer laa. Kalau difikirkan jadi letih sebenarnya. Tapi tidak dinafikan kadang-kadang terasa tekanannya bilamana terpaksa fikirkan masa yang perlu diuruskan supaya semua perkara berjalan lancar.

Ketiga.
Kerja-kerja kegemaran.
Angan-angan jangan ditanya. Menggunung. Nak buat patchwork quilt, nak belajar buat crochet (buleh buat stokin atau baju sejuk anak. konon.), nak belajar masak semua benda-benda sedap yang suka dimakan oleh anak, nak bersukan (main badminton setiap hari Rabu dan Jumaat) dan berjogging bila ada masa. Kadang-kadang (boleh kata selalu) aku terlalu cemburu dengan sesetengah orang yang mampu buat apa yang dia suka. Mampu bermakna punya masa yang banyak untuk buat semua yang dia suka. Mampu bermakna bajet yang cukup untuk buat benda yang dia.😦

Keempat.
Kerja-kerja kegemaran yang dah jatuh wajib.
Itulah. Baju aku ni haa…dah setengah tahun kerja di PNM, semua baju rotate hampir setiap minggu! Badan ni tak mahu pulan selim..huk huk huk. Memandangkan bajet pon selalu tidak kena pada sasaran, walaupon aku ini sangat cintakan jahitan, tapi dengan kerja-kerja yang telah aku sebutkan tadi…ah, entah macam mana aku nak buat. Terpaksa laa jugak menjahit baju untuk dipakai ke pejabat. Begitu juga memasak. Walaupon kecintaan aku mendalam terhadap memasak…tetapi dengan masa yang perlu dibahagikan sama rata dengan kerja-kerja yang ada…entahkan dapat aku buat semuanya dengan sempurna…..:(

p/s : kerja yang menimbun tapi masih menaip di blog. hoi!!!
aku nak hilangkan tension da…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: