Rawak

1) Hari ini aku datang lewat. Aku bawak Daniel pergi HUKM. Daniel demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Disebabkan sekarang ni gelombang ke-2 H1N1, dan sementelah Daniel adalah pengidap asthma, makanya doktor telah memberi Daniel MC selama 3 hari. Wow!! Tapi tak best sebab mama Daniel cuma dapat time-slip je. Doktor kudukut.

2) Tapi aku juga kudukut. Eh eh, bukan kudukut tapi bajet sebenarnya. Bayangkan kalau pergi ke klinik swasta, inhaler (kebetulan telah habis pula) sahaja telah berharga RM80. Ditambah pula dengan lain-lain ubatan, ada harapan poket aku kopak. Betul, orang kata untuk anak apa salahnya. Tapi kalau sudah ada yang free, dan kalau sudah aku ni bukan orang senang, kenapa nak ber-riak2, kan kan?

3) Semalam dan hari ini kemalasan sedikit melanda aku. Perbualan tidak berhemah bersama Fad + 4 ketol budak HRMIS sangat rancak, dengan keputusan ‘mendapat teguran daripada cc’. heeeeeeeee

4) Ok2. Esok aku akan fokus dan siapkan semua kerja aku secepat mungkin. Lagipun 2 hari ini cik akauntan MC jugak. Besok dia sudah ada. Baru dua hari berfoya-foya kerja sudah menimbun. dem.

5) Sebenarnya ada lagi kesinambungan untuk kisah ‘Dalam Hati Ada Taman’ ittew tapi rentetan komen daripada Wani Rembo, buat aku terfikir dua kali nak post draftnya.

6) Tengah aku menulis rawak ini, makcik-novel lalu sambil tersenyum dengan aku. Perlukah aku balas sedangkan aku tahu setiap kali dia masuk ke bilik ittew topik utamanya adalah aku?

7) Oh ya. Aku telah siap menggunting 4 pasang baju kurung. Harapan aku, bulan depan buleh laa aku pakai baju baru pergi opis kerana aku dah repeat baju yang sama hampir enam bulan doe!

Oklah. Babai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: