Wayang Review – AVATAR

Dah agak lama tak tengok cerita best, quality & worth…tu yang terpanggil untuk review pasal filem AVATAR ni. Tengok wayang tu…selalu laa kan. Tau jer laa Amy.

Filem ni diarahkan oleh pengarah terhebat-James Cameron yang juga penulis skrip. Dia telah menulis cerita ni selepas siap Titanic dan bercadang nak kuarkan filem ni dalam tahun 1999 tapi disebabkan teknologi tak begitu canggih lagi dalam tahun 90an, so dia tunggu lagi sehingga tahun 2006 dan tahun ni-2009 filem tu pon released.

Bagi aku filem ini hebat sebab orang yang reka cipta cerita ni dan persembahkan daam bentuk filem apa yang telah dia imagine. Lepas tu dia buleh buat kita rasa macam kita berada di situ. Punyalah hebat dia buat watak AVATAR-Na’vi tu sampai kita akan membuat pilihan untuk tinggal dengan Na’vi tersebut dan melupakan bangsa kita sendiri, dalam erti kata lain kita akan jatuh cinta dengan mereka. Hebat bukan?

Antara scene yang aku rasa macam poyo2 dan best ialah bila si-hero berlawan menentang kapal pemusnah tu dengan aksi sambil melompat dan menembak. Cool.haha. Filem ni jugak sebenarnya satu kisah cinta yang agak touching. Mak suke.Mak suke~~

scene ni best sebab heroin hilang dara waktu nih.haha.

Pelakon-pelakon juga adalah terbaekk. Mak da jatuh chenta dengan Sam Worthington (yang juga pelakon Terminator Salvation).Zoe Saldaña, Sigourney Weaver, Michelle Rodriguez dan Giovanni Ribisi bukanlah nama asing, bahkan mereka memang cemerlang dalam filem masing2.

Oh ya. Bercakap pasal filem juga, aku rasa cam nak tengok Sherlock Holmes (sebab ada Robert Downey, Jr.-Ironman.hehe. dan juga…Jude Law, awwww). Tak sabar juga memanti filem-filem hebat keluar tahun depan…antaranya, Ironman (sebab ada Robert Downey, Jr) , Shrek Forever After, Clash of the Titans (sebab ada Sam Worthington), Robin Hood (sebab ada Russel Crowe), Toy Story 3, & Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1. (kalau ada filem2 best yang aku tak list down, please remind me k?).

2 Respons to “Wayang Review – AVATAR”

  1. man Says:

    poyolah kau…………….

  2. aku Says:

    ya betul.haha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: