Bibik oh Bibik

Aku semalam interview seorang maid ni. Sebenarnya ni maid kawan aku-N. N kata dia tanak pakai maid dah. Tapi bila aku kata nak amik si maid dia cam refused sebab katanya maid ni pandai wat kerja so dia tatau lagi nak lepaskan atau tidak. Semalam juga maid ni datang rumah aku. Dia cerita (versi dia) :

Mak N sangat baik hati. Tidak pemarah orangnya. Kerja mudah walaupon penat. Tapi saya sangat takut sebab….abangnya Mak N mahu mengapa-apakan saya (rogol kau!). Bapak K mohon maaf dan sedikit takut juga kerna juga punya anak perempuan. (eh, eh, kenapa lak aku ceritakan cam dah versi indon lak. cibai)

Saya punya kelulusan sarjana dari Universitas Muhammadiyah Yogyakarta. Keluarga saya berlatar belakang seni. Saya bisa bermain organ dan menari juga mengajar vokal. Saya juga punya tali pinggang hitam untuk teakwando dan punya latar silat.

Whoa! Gile gempak ah maid gua.ahahaha (cam nak ilang akal jer). Ntah betul ntah tidak. Aku nak siasat tapi tatau cane. Aku nak percaya atau tidak? Aku pon tatau nak wat keputusan cane ni. Kalau tak amik maid, sapa nak jaga anak-anak aku masa aku pegi kelas? At least jugak, ada orang bantu aku kat rumah dan mudah sikit untuk aku study. Tapi bila fikir kejadian yang macam-macam berlaku kebelakangan ini aku jadi takut. Tolong woi…!

Ini kawan aku punya sms ( sebab sms ni laa aku jadik takut.dem!).

alo! kalau ada master xkan nak keje maid. speaking english laa kot ada master tu ek.ada black belt? nanti dia karate anak2 lu nanti…

hampeh!

3 Respons to “Bibik oh Bibik”

  1. haku Says:

    terbaru aku dapat berita dp Amy, N kata dia still nak pakai maid ni..tapi dia cakap an aku dia tanak pakai dah start tahun depan. maid ni ckp pon tanak stay ngan dia dah. apa aku nak buat….? aku tanak laa nnt jadik musuh lak ngan N sebab dia baik ‘banget’ sama aku. fenin.

  2. Kipp Says:

    Kekadang nak amik maid takut jadi kes bawa lari anak.. pening pale…

  3. sue Says:

    tu lah tu..abih camno??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: