Alasan

Korang pikir camna nak diet dengan rezeki murah yang dilimpahi oleh Allah swt? Hari Isnin Kak Pis bekalkan aku nasi goreng cili api yang sangat heaven. Pehtu dengan bekal yang masih belum diusik, Si Maz-Tot belikan aku set nasi KFC! (Sila ajar aku camne nak tolak rezeki camni). Hari Selasa pulak, sampai jer ofis Kak B kata dah masak nasik, lauk dia bawak dari rumah. Sampaikah hati korang nak cakap dengan akak tu yang kita on diet dan tanak makan nasik yang dia dah masak awal-awal sebelum kita sampai? Sapa sanggup sila beritahu aku.

Hari ini pulak, hari gaji. Hari ini juga Ina kembali bertugas di KeKKWa. Dia belanja kami makan tossai rawa. Dibelanja lagi tengah hari nyer dengan makan kat Selesa Inn pulak oleh Shima (yang hari ini telah menghantar email-email menginsafkan weh).

Bayangkanlah kawan-kawan, betapa murahnya rezeki saya kebelakangan ini. Bayangkan juga dengan saudara-saudara kita yang lain yang berada dalam kedhaifan. Betapa mereka susah untuk mencari sesuap rezeki. Nah, sangat mencabar bukan?

Jadi, sila jangan salahkan saya kerana kegagalan saya untuk berdiet seisi ke..ntah berapa ntah. hehe.

2 Respons to “Alasan”

  1. kak pis pos Says:

    terharu mak dengarnya nyah
    ke alasan sbb blm besedia utk berdiet
    atau kawan2 yg menghasut membuatkan kita memang blm bersedia utk berdiet. oooh tidak. Mengapa, mengapa dan mengapa. Aa musuh jgn dicari dan rezeki jgn sesekali menolak beb.

  2. haku Says:

    kak, ingat. kita jadi camni sebab ‘kita masak sedap’. klo kita rajin masak pon tapi tak sedap sure tak lalu nak makan, bukan? hahahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: