Narsisis

Aku suka menjahit. Tapi takde istilah “kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi”. [shima, teka mana aku dapat ni?]
Cerita pasal menjahit. Ya. Aku dah jahit telekung Lisa (Marina, nanti makteh buat untuk Marina satu yer). Cantik tu idak ler.. tapi pueh ati. Yela kan aku ada cakap, aku kan dah set since sekolah aku nak buat semua ni sendiri…kalau boleh. [perkataan kalau tu tak elok ye kawan-kawan, ianya membuka peluang shaiton.]
Aku suke juga seni quilt & patchwork, tapi ye laa kan. Mano kan den mampu. Klo aku mampu pon buat cam orang tua-tua dulu buat tu…macam alas kaki, cadar daripada kain perca..haaa yang tu buleh laa..huhuhuhu…😦 Tapi takpo. Biar kito berpijak di bumi yang nyato. Den tau sapo diri den.. [kerani mana leh kawan ngan pegawai, sue! itu akan dikira skandal-fotong-teringa.huahuahua].

p/s : mak, baju mak ateh akan siapkan jugak tapi tatau bila… :p

Aku juga suka memasak. Psychopath-jiwa kacau, memasak ni laa ubat dia, meditasi yang sangat baik. Speaking of which, biskut femes-emes aku tersangat laa mendapat pujian dan tempahan yang melampau. sangat sedap, ok? [Tapi aku bukan pembuat biskut terlampau. Bukan.] Juga aku tak pernah membuka peluang untuk ditempah. Diorang suke-suki menempah dari aku. Janji Den : Puan Nerd-Stylo, saya akan buat juga untuk puan sebelum puan bersalin nanti. FOC. Malu ah nak letak harga. En. S41, saya hanya akan buat untuk bini tuan sekiranya dia mengandung. huahuahua. [gua memang selalu bagi priority untuk orang mengandung.]

Dulu masa sekolah amat obses dengan roti, kek & pastri (aku orang yang tak suka makan nasi di zaman sekolah). Pernah laa bercita-cita nak kerja kat kedai kek & roti. Nak bukak kedai kek & roti. Obses kan? [sekarang dah obes. huahuahua.] Dah besar ni [umur dan saiz] tambah lagi satu – PASTA. Kebetulan anak-anak juga punya minat yang sama. Sonang cito. Sekarang ni den tongah mendalami ilmu memasak semua benda alah ni. Selamat berjaya untuk aku.

p/s I: Eceh. Ni caro-caro nak me’market’kan diri nih. Siap cerita pasal diri ko neh. BOLD lagi! Memuji-muji diri sendiri. NARSISIS. hahaha. Ala..bagi laa den can…

p/s II ; semua di atas aku lakukan sekiranya ada masa terluang [ada ke masa??].

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: