lagi draft 2008

fuyyooo…gile lama aku tak apdet blog.
bz weh..skang ni. dah ujong2 tawon.**
kejang urat dibuatnye.
pastu aku pon dah tak buat penyesuaian dah..since
budak baru ganti nazrul masuk. [ye nell, gua tengah
cakap pasal lu ni]
skang aku buat kerja nazrul. flight warrant, advance
dan loan.so far, flight warrant kacang..walaupon agak banyak.
isnin baru nak booking shahril utk dapatkan ilmu. kena laa aku
bagi pengeras sket…ye ar..ekceli bukan dia yang patut ajar aku kan.
kirenyer aku kena curik masa dia n need his favor.

oh ya. masa menulis ni aku ada kat pejabat – buat OT. skang dah pukul 2.
aku belum makan lg..[kata on diet – pui!]. alkesahnya. tadi ada PTD melanje
nasik beriani. tapi tak cukup. aku telah mengalah…atas prinsip ‘diet’ aku jugak.
hua hua hua. aku chat ngan adik. dia gelakkan aku. yapedaaa adik sapa laa ni.
yang takbley blah tu…mokcik2 kat sini yang poy2 kata diet tanak makan nasik,
yang poy2 kata laki masing2 duit banyak cam jutawan fakir, TAPI..paling laju hamik nasik tuh! keji ar korang ni. woi! malu ar siket ngan kak jas tu.

lagi satu. humangg aiii. kemain laa depa ni mengata orang sesangat klo taim pejabat biasa. orang tu OT menipu la. orang ni OT tak buat kerja laa.yang depa ni.. dari aku datang kul 9 tadi, ntah berapa saat sangat laa dorang wat kije. hoooo…ini rupenyer kerja korang yer. klo aku busuk ati cam ko ‘rika’, sure aku dah story-telling kat sume orang. tp aku maleh. aku sekadar apdet kat blog jer…hua hua hua. aku ape kesah korang nak terlangkup tergolek kat sini. lantak korang la.

aku taw yang ko ni ‘rika’ memang bebulu ngan aku.sabtu jer buat muke ‘ketat’ ngan aku. aku taw gak ko memang risau sbb aku tengah melebarkan empayar aku dengan penambahan ahli-ahli muda belia yang semakin ramai di pejabat ni. Ko risau aku semakin paweful.sume orang akan dengar cakap aku kan?? bak kata KL Menjerit, waima ekaunten pon akan ikot cakap aku. bak kata Gorgon, aku telah meng’nasi-kangkang’kan ekaunten aku.fuuhh….gile hebat aku nih! err…tapi pesal ekaunten aku jer yang asik jadik sasaran? mungkin saiz ko chumel sgt ar bos. so depa ingat aku yang besaq ni telah meng’kontrol’ ko….keji betol derang ni!

oh ya, berbalik pada rika. aku nak ajak ko join, ko dah tue-baju ketat nampak perut gendut-migrain yg asik memekak adeh sakit- so, aku takleh nak letak ko dibawah empayar aku. ko sakit ati sangat sebab personal kan? kunun aku tak se’chun’ ummi feveret ko tuh. TAPI apedehal ko menggelabah sangat kerja aku siap sume? eleh..saje je la tu nak besar2 kan issue Dato’ Azmal. [walaupon maz kata ko bekap aku kat dato’, tapi aku taw sebenaqnya hang nak kaver pungkok hang kan???] FYI Dato’ Azmal tu bukan ade pe pon…dia saje nak gertak korang-si pegawai-yang asik OT-tapi tak buat kerja. Dia carik peluang nak marah2 korang jer. klo aku dapat peluang yang sama pon aku buat gak..HUA HUA HUA…

Oklah. sekian saja karutan aku di hari sabtu yang sunyi ini. [ sabtu ni sunyi laa…sabtu lepas kena serang ngan KL Menjerit..hua hua hua].

~tata~

**Ini adalah catatan pada 20/12/2008. ada lagi neh utk 2009 tapi aku nak siapkan kerja2 Maz-Tot yang telah bercuti di waktu2 ketat AKB 2008 ineh.dem!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: