dariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali…

Assalamualaikum. Pagi Jumaat yang mulia ini ustazah nak bagi tazkirah kat diri ustazah sendiri atas tajuk dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..(skema giler)

Adik ipar aku baru text aku cakap malam semalam Adeq Pe’ek nampak kain kapan kat tangga blok B. Isnin haritu diorang nampak pochong bergolek-golek kat area diorang bercucuk tanam pokok pisang.Aku balas kat dia, musti orang yang nampak tu orang yang selalu merayap malam kan?hiiii….dak aih.melawak ja.

Pastu aku war-warkan kat pejabat neh. Kak Siti kata, ada orang meninggal ke kat area tu? Baru aku teringat kisah ni. Alkesahnya.Ada tiga hal kematian untuk bulan ni sahaja..dan kesemuanya tamat di jalanan. Aku selaku M.A.K Rempit (bak kata MekD), menjemput semua Muslimin & Muslimat menghadiahkan Al-Fatihah untuk kesemua arwah ini.

Kes-1. Cucu Arwah Lijah Keling (hah,kat blok B neh!). Dengar cerita sewaktu nak potong treler kat Bandar Tasik Selatan tapi tak lepas.Kapla sudah cicah jalan.Abis.
Kes-2.Cikgu Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Dengar cerita kat depan Econsave orang langgar dari belakang dan dia terperosok bawah lori yang datang dari arah bertentangan.Kasihan.
Kes-3. Laki Dayah (menantu Pak Ya-Kak Ita blok D).Dengar cerita (sume dengar cerite jer…) itu kemalangan ke-2 untuk diri arwah dalam masa seminggu! Mula-mula dah accident berjahit kepala. Selang 3 hari dilanggar bas pulak membawa beliau pulang terus ke rahmatullah.Lagi kasihan! Sebab…dia seorang bapa muda berusia 20tahun-bini(berusia 17tahun) baru abis pantang anak ke-2.Sekenal aku, arwah seorang yang baik, bertanggungjawab dan penyayang.

Pagi tadi..aku dengan penuh rasa insaf telah menunggang EX5 Dream aku dengan penuh berhemah.Tetiba….! (Baru rasa nak insaf..keluar rumah awal, bawak sopan-santun) Ada satu awek skuter neh..bukan yang haritu…telah membakar semangat aku dengan mencilok-cilok di-depan aku..baiikkk punyer (ala-ala Zizan Raja Lawak). Hadoi..tak buleh tahen. Aku pon seperti Pheonix Bangkit cuba nak rapat tapi…memang laju gile siot! Saspek betul gua! Gua dah angkat handphone canggih-manggih nak ambik gambar nak membuktikan kat korang yang gua bercakap bener.Tapi tak sompek! Bagus. Ini la yang dikatakan tak mengambil iktibar apa yang telah berlaku ke atas ketiga-tiga arwah tadi.

Macamanapon.. “Kun Fa Ya Kun” = “Jadi Maka Jadilah Ia”.Yang paling penting kita usaha, tawakal & doa!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: